Pergi ke kandungan

US Airways

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
US Airways
Sebuah Boeing 767-201ER US Airways mendarat di Lapangan Terbang Fiumicino Rome
Logo terakhir syarikat penerbangan ini, digunakan dari tahun 2011 hingga 2015
Sebuah US Airways Boeing 767-200ER
IATA ICAO Pengenal
  • AL (1979–1988)
  • US (1988–2015)
  • USA (1979–2008)
  • AWE (2008–2015)
  • US AIR (1979–2008)
  • CACTUS (2008–2015)
Ditubuhkan1939; 87 tahun yang lalu (1939) (sebagai All American Aviation)
Bermula operasi
  • 28 Oktober 1979; 46 tahun yang lalu (1979-10-28) (sebagai USAir)
  • 27 Februari 1997; 29 tahun yang lalu (1997-02-27) (sebagai US Airways)
Operasi ditamatkan
  • 27 Februari 1997; 29 tahun yang lalu (1997-02-27) (sebagai USAir)
  • 17 Oktober 2015; 10 tahun yang lalu (2015-10-17) (digabungkan ke American Airlines)
AOC #AALA025A[1]
Hab
Program kesetiaanDividend Miles
Perikatan
Subsidiari
Syarikat indukUS Airways Group
Ibu pejabat
Orang pentingDoug Parker (Pegawai eksekutif utama)
Laman webwww.usairways.com (Diarkibkan Februari 23, 2015, di Wayback Machine)

US Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan utama yang pada asalnya ditubuhkan di Pittsburgh, Pennsylvania, sebagai syarikat penghantaran mel udara pada tahun 1939 yang dipanggil All American Aviation, yang kemudiannya menjadi syarikat penerbangan penumpang komersial. Pada tahun 1953, ia telah dinamakan semula sebagai Allegheny Airlines dan beroperasi di bawah nama tersebut selama suku abad. Pada Oktober 1979, selepas penguatkuasaan Akta Penyahkawalseliaan Syarikat Penerbangan, Allegheny Airlines menukar namanya kepada USAir. Dekad kemudiannya, ia telah mengambil alih Piedmont Airlines dan Pacific Southwest Airlines (PSA), serta menjadi salah satu daripada tujuh syarikat penerbangan warisan transkontinental Amerika Syarikat. Pada tahun 1997, ia menjenamakan semula dirinya sebagai US Airways.

Syarikat penerbangan ini mempunyai rangkaian domestik dan antarabangsa yang luas, dengan 193 destinasi di 24 negara di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, dan Timur Tengah. Syarikat penerbangan ini merupakan ahli Star Alliance, sebelum menjadi ahli sekutu Oneworld pada Mac 2014. US Airways mempunyai 343 jet utama, serta 278 jet wilayah dan turboprop yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan kontrak dan anak syarikat di bawah nama US Airways Express melalui perjanjian Perkongsian kod.

Syarikat penerbangan ini mengalami kesukaran kewangan yang teruk pada awal dekad 2000-an, memfailkan Kebankrapan Bab 11 sebanyak dua kali dalam tempoh dua tahun. Pada tahun 2005, America West Airlines menjalankan Penggabungan terbalik, mengambil alih aset dan jenama US Airways yang lebih besar sambil meletakkan pasukan kepimpinan America West sebahagian besarnya untuk mengetuai syarikat penerbangan yang digabungkan itu.

Pada tahun 2013, American Airlines dan US Airways mengumumkan rancangan untuk bergabung, mewujudkan syarikat penerbangan terbesar di dunia pada ketika itu.[3] Syarikat induk American dan US Airways bergabung berkuat kuasa pada 9 Disember 2013.[4] Syarikat penerbangan gabungan itu menggunakan nama dan jenama American Airlines serta mengekalkan hab US Airways yang sedia ada untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun di bawah syarat penyelesaian dengan Jabatan Keadilan dan beberapa peguam negara negeri.[5][6] Pengurusan US Airways mengendalikan syarikat penerbangan gabungan tersebut dari ibu pejabat American di Fort Worth, Texas.[5][7] Pada 8 April 2015, FAA meluluskan sijil pengendalian tunggal secara rasmi untuk kedua-dua syarikat penerbangan, menandakan berakhirnya US Airways sebagai syarikat penerbangan bebas. Jenama itu terus wujud sehingga Oktober 2015.[8]

Hab pertamanya terletak di Pittsburgh, dan ia mengendalikan hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas, Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia, Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor, dan Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington.

Penerbangan terakhir US Airways adalah dari San Francisco ke Philadelphia melalui Phoenix, Arizona dan Charlotte, Carolina Utara, yang beroperasi sebagai Penerbangan 1939 dengan nombor 1939 memperingati penubuhan All American Aviation, yang akhirnya menjadi US Airways.[9][10] Pengecatan semula pesawat US Airways ke dalam skema American Airlines dijangka mengambil masa sehingga "lewat tahun 2016", dengan pakaian seragam anak kapal kabin baharu turut diperkenalkan pada tahun 2016.[10]

Tahun-tahun awal

[sunting | sunting sumber]
BAC One-Eleven milik Allegheny Airlines

US Airways menjejak sejarahnya daripada All American Aviation Inc., sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1939 oleh adik-beradik keluarga du Pont, Richard C. du Pont dan Alexis Felix du Pont Jr.[11][12][13][14] Beribu pejabat di Pittsburgh, Pennsylvania, syarikat penerbangan ini berkhidmat di lembah Sungai Ohio pada tahun 1939. Pada tahun 1949, syarikat ini dinamakan semula sebagai All American Airways apabila ia beralih daripada perkhidmatan Mel udara kepada perkhidmatan penumpang; ia menukar namanya sekali lagi kepada Allegheny Airlines pada 1 Januari 1953.[12][15]

Jet pertama Allegheny ialah McDonnell Douglas DC-9 pada tahun 1966; ia mengambil alih Lake Central Airlines pada tahun 1968 dan Mohawk Airlines pada tahun 1972 untuk menjadi salah satu syarikat penerbangan terbesar di timur laut Amerika Syarikat. Pada tahun 1973, ia merupakan syarikat penerbangan kesembilan terbesar di dunia bebas mengikut jumlah penumpang yang dibawa (dan ke-24 terbesar mengikut batu-penumpang).[16] Bersama dengan perkembangan perniagaan timbul juga masalah: pada dekad 1970-an, Allegheny mempunyai nama gelaran "Agony Air".[17]

Perjanjian Allegheny dengan Henson Airlines, syarikat pendahulu kepada pengangkut US Airways Express hari ini iaitu Piedmont Airlines, untuk mengendalikan penerbangan "Allegheny Commuter" merupakan perjanjian Perkongsian kod yang pertama dalam industri,[18] iaitu jenis perkhidmatan yang kini ditawarkan di seluruh industri.

1970-an: Penyahkawalseliaan dan penjenamaan semula

[sunting | sunting sumber]
McDonnell Douglas DC-9 yang digunakan dari tahun 1989 hingga 1997

Allegheny menukar namanya kepada USAir pada tahun 1979[19] selepas kelulusan Akta Penyahkawalseliaan Syarikat Penerbangan pada tahun sebelumnya, yang membolehkan syarikat penerbangan itu meluaskan rangkaian laluan ke tenggara Amerika Syarikat.

USAir merupakan pelanggan pelancaran bagi Boeing 737-300, kerana syarikat penerbangan itu memerlukan pesawat dengan kapasiti yang lebih besar untuk berkhidmat di pasaran Florida yang semakin berkembang. USAir merupakan pengendali pesawat McDonnell Douglas DC-9 terbesar di dunia pada masa itu dan telah mendekati McDonnell Douglas untuk berunding tentang rekaan baharu. Walau bagaimanapun, pada lewat dekad 1970-an, pengganti yang dicadangkan oleh McDonnell Douglas untuk DC-9-50 tidak sesuai dengan USAir. Selepas rundingan dengan McDonnell Douglas gagal, Boeing Commercial Airplanes tampil dengan varian 737 yang dicadangkan. USAir memilih 737 baharu tersebut dan syarikat itu bekerjasama rapat dengan Boeing semasa pembangunannya, menerima penghantaran pesawat pertama pada 28 November 1984.

1980-an: Penggabungan dan perluasan

[sunting | sunting sumber]
Hasil Penumpang-kilometer, dalam juta
TahunTrafik
1980 8,977
1985 15,659
1990 55,903
1995 61,271
2000 75,728
2005 64,600
Sumber: Air Transport World
Sebuah Boeing 737-300 di Lapangan Terbang Kebangsaan Washington pada tahun 1986.

Pada tahun 1979, rangkaian USAir terletak di timur Mississippi, ditambah dengan laluan ke Houston dan Phoenix; ia menambah Dallas-Ft Worth dan Kansas City pada tahun 1981, Denver pada tahun 1982 dan Los Angeles, San Francisco serta San Diego pada tahun 1983. Ia mengambil alih dua syarikat penerbangan komuter, Pennsylvania Airlines dan Suburban Airlines, pada tahun 1985.[20] Ia membeli Pacific Southwest Airlines (PSA) yang berasaskan di San Diego pada tahun 1986 dan Piedmont Airlines yang berasaskan di Winston-Salem, Carolina Utara pada tahun 1987.[21] Pengambilalihan PSA telah diselesaikan pada 9 April 1988, dan pengambilalihan Piedmont pada 5 Ogos 1989.[22]

Pengambilalihan PSA memberikan USAir rangkaian di Pantai Barat, manakala pengambilalihan Piedmont memberikan USAir kehadiran yang kukuh di Pantai Timur dan hab di Baltimore serta Charlotte, yang kekal menjadi hab untuk USAir. Pengambilalihan Piedmont pada tahun 1989 merupakan penggabungan syarikat penerbangan terbesar sehingga masa itu dan USAir menjadi salah sebuah syarikat penerbangan terbesar di dunia, dengan lebih daripada 5,000 penerbangan harian ke 134 lapangan terbang (ditambah 48 lagi lapangan terbang melalui USAir Express).[23] Dalam beberapa tahun berikutnya, USAir menutup hab PSA di California dan hab Piedmont di Dayton serta Syracuse, walaupun kedua-duanya kekal sebagai bandar tumpuan.

Menjelang tahun 1990, syarikat penerbangan ini telah menyatukan ibu pejabatnya, berpindah dari Lapangan Terbang Kebangsaan Washington ke bangunan baharu di Crystal City, Virginia, di Perbandaran Arlington, Virginia, berhampiran lapangan terbang tersebut. Ibu pejabat penyelenggaraan dan operasi kekal di Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh.[24]

1990-an: Penjenamaan semula, pemodenan armada, dan kegagalan penjualan

[sunting | sunting sumber]

Pada awal dekad 1990-an, USAir meluaskan perkhidmatannya ke Eropah dengan penerbangan ke London, Paris, dan Frankfurt dari empat hab utamanya. Syarikat itu membentuk rakan kongsi, memasarkan Trump Shuttle sebagai "USAir Shuttle" dan menerima pelaburan besar daripada British Airways yang memulakan salah satu perikatan syarikat penerbangan transatlantik pertama, mengakibatkan beberapa pesawat Boeing 767-200ER dicat dalam hiasan warna British Airways, tetapi dikendalikan oleh USAir. Pada tahun 1992, ia juga melabur dalam terminal baharu di habnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh.[23]

Pada tahun 1996, perikatan antara USAir dan British Airways berakhir dalam perbicaraan mahkamah apabila British Airways mengumumkan niatnya untuk berikatan dengan American Airlines.[25]

Kira-kira pada 1 Mac 1997, USAir menukar namanya kepada US Airways dan memperkenalkan identiti korporat baharu. Versi gaya bendera Amerika Syarikat telah digunapakai sebagai logo baharu. Penjenamaan baharu tersebut diiplementasikan pada terminal dan sampul tiket. Syarikat penerbangan ini mengecat pesawat dalam warna biru pekat dan kelabu sederhana dengan garis aksen merah dan putih.[26]

Boeing 737-200 dalam hiasan warna MetroJet (1998–2001)

Pada tahun yang sama, syarikat penerbangan itu turut memperkenalkan anak syarikat kelas tunggal yang dikenali sebagai MetroJet, yang bersaing dengan syarikat penerbangan tambang rendah seperti Southwest Airlines yang semakin meluas ke Pantai Timur. MetroJet mengendalikan pesawat Boeing 737-200, iaitu pesawat tertua dalam armadanya, bagi membolehkan penggunaan optimum dicapai sebelum ia dibersarakan.[27]

Pada 6 November 1996, sejurus sebelum penjenamaan semula kepada US Airways, syarikat penerbangan itu telah membuat pesanan sehingga 400 pesawat badan sempit siri Airbus A320, dengan 120 tempahan tegas pada masa penandatanganan. Pesanan tersebut dianggap sebagai tempahan pesawat pukal terbesar dalam sejarah. Pada tahun 1998, syarikat penerbangan ini menyusul dengan pesanan sehingga 30 pesawat badan lebar siri Airbus A330, dengan tempahan tegas awal untuk tujuh buah Airbus A330-300. Pesanan ini membolehkan US Airways menggantikan pesawat tertuanya dengan pesawat baharu yang lebih cekap.[28]

Pada tahun 1997, US Airways membeli baki US Airways Shuttle. US Airways meluaskan penerbangannya ke Eropah sehingga akhir dekad tersebut. Walaupun syarikat penerbangan ini kembali mencatatkan keuntungan pada pertengahan dekad 1990-an, pemusatan rangkaian lauan di Timur Laut Amerika Syarikat dan kos operasi yang tinggi telah mencetuskan gesaan agar syarikat itu bergabung dengan syarikat penerbangan lain.[29]

2000–2004: 11 September dan masalah kewangan

[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 2000, US Airways mula membersarakan pesawat dalam usaha untuk mempermudahkan armadanya dan mengurangkan kos, menggantikan kebanyakan pesawat lamanya dengan pesawat baharu keluarga Airbus A320. Pada 30 Mac 2000, US Airways menerima Airbus A330-300 pertamanya.

Pada 24 Mei 2000, US Airways mengumumkan rancangan untuk diambil alih dengan nilai $4.3 bilion oleh UAL Corp., syarikat induk United Airlines, yang merupakan syarikat penerbangan komersial terbesar di dunia pada masa itu. Perjanjian yang rumit itu mendapat bantahan serta-merta daripada kesatuan pekerja, pembela pengguna, dan pengawal selia antiamanah.[30] Rundingan terhenti; dengan kedua-dua syarikat penerbangan mengalami kerugian dan perjanjian itu hampir pasti disekat oleh kerajaan persekutuan, UAL menarik balik tawaran pembeliannya pada 27 Julai 2001, membayar penalti $50 juta kepada US Airways kerana menarik diri daripada perjanjian tersebut.[31]

Sebagai pengangkut terbesar di Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington, US Airways terjejas secara tidak seimbang oleh penutupan berlanjutan lapangan terbang tersebut berikutan serangan pengganas 11 September. Bencana kewangan yang menyusul telah membawa kepada penutupan rangkaian MetroJet, yang menyebabkan penutupan pangkalan operasi utama anak syarikat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore-Washington dan cuti tanpa gaji bagi ribuan pekerja. Syarikat penerbangan ini memfailkan Kebankrapan Bab 11 pada 11 Ogos 2002, tetapi menerima pinjaman jaminan kerajaan melalui Lembaga Penstabilan Pengangkutan Udara dan berjaya keluar daripada kebankrapan pada tahun 2003[32] selepas tempoh yang relatif singkat. Syarikat penerbangan ini membuat pengurangan kos yang besar semasa kebankrapan, tetapi ia masih menghadapi kos per batu-tempat duduk yang lebih tinggi daripada purata.

Sebuah Boeing 767-200 sebelum penggabungan America West

Pada tahun 2003, US Airways mula meneroka ketersediaan pembiayaan dan rakan penggabungan, dan selepas tiada pembiayaan diperoleh, ia memfailkan Kebankrapan Bab 11 sekali lagi pada tahun 2004 buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.[33] Syarikat penerbangan ini bergabung pada tahun 2005 dengan America West Airlines. Di bawah syarat-syarat perjanjian penggabungan, lembaga pengarah America West mencipta dua entiti baharu. Pertama, "US Airways Group" baharu telah dicipta untuk menerima aset US Airways yang muflis dan membentuk perbadanan baharu. Kedua, "America West Holdings" telah digabungkan ke dalam "Barbell Acquisition Corporation", sebuah anak syarikat kepada "US Airways Group" yang baharu; melalui transaksi ini, "America West Holdings" menjadi anak syarikat milik penuh "US Airways Group" yang baharu. Pemegang saham "America West Holdings" dikehendaki membenarkan perubahan ini. Setelah selesai, 37% daripada "US Airways Group" baharu akan dimiliki oleh pemegang saham "America West Holdings", 11% oleh pemegang hutang "US Airways Group" lama dan 52% oleh pelabur ekuiti baharu.[34] Hasilnya ialah syarikat penerbangan kelima terbesar yang berasaskan di AS dari segi hasil.[35] Penggabungan itu selesai pada 4 November 2007. Walaupun America West merupakan entiti yang bertahan secara nominal, syarikat penerbangan gabungan itu mengekalkan nama US Airways, kerana kajian menunjukkan bahawa "US Airways" mempunyai pengiktirafan jenama yang lebih baik di seluruh dunia berbanding "America West".[36]

Pada awal tahun 2003, pihak pengurusan US Airways mencairkan pencen 6,000 juruterbangnya dengan melepaskan pencen mereka ke dalam program pencen persekutuan Pension Benefit Guaranty Corporation. Syarikat itu merupakan salah sebuah syarikat penerbangan utama pertama yang menghapuskan pencen juruterbang untuk mengurangkan kos.[37]

Berikutan ujian cubaan menjual makanan dalam penerbangan pada tahun 2003, US Airways menghentikan perkhidmatan makanan percuma untuk penerbangan domestik pada lewat tahun tersebut.

2003–2004: Konflik hab Pittsburgh

[sunting | sunting sumber]
Operasi US Airways di Pittsburgh berikutan penghapusan hab (2007)

Pada akhir tahun 2003 hingga awal tahun 2004, US Airways melobi untuk mendapatkan bayaran operasi yang lebih rendah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh, dengan memetik ekonomi bidangan sebagai syarikat penerbangan utama dan penyewa terbesar di lapangan terbang tersebut. US Airways cuba memanfaatkan kedudukan tunai teruk dan "kerugian" dalam tahun-tahun selepas peristiwa 9/11 untuk berunding syarat kewangan yang lebih baik dengan lapangan terbang. Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Daerah Allegheny menolak tuntutan US Airways untuk pengurangan bayaran pendaratan dan bayaran pajakan yang lebih rendah, sebahagiannya disebabkan oleh peraturan antiamanap dan FAA yang menghendaki pengendali lapangan terbang untuk melanjutkan syarat kewangan yang sama kepada semua syarikat penerbangan sekiranya ia menerima tuntutan US Airways. US Airways mengancam untuk memindahkan trafik ke hab saingan di Philadelphia dan Charlotte, dan syarikat penerbangan itu menepati ancamannya pada November 2004, dengan mengurangkan penerbangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh daripada status hab utama kepada hab sekunder. Tindakan ini juga mengakibatkan penutupan terminal komuter, yang juga dikenali sebagai Concourse E. Syarikat penerbangan itu, yang dipimpin oleh bekas CEO ExpressJet Airlines, David N. Siegel, terus menurunkan status Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh pada tahun-tahun berikutnya sehingga ia hanya menjadi lapangan terbang bandar tumpuan bagi syarikat berkenaan.[38] Menjelang tahun 2010, Pittsburgh tidak lagi disenaraikan sebagai bandar tumpuan US Airways.[39] US Airways kini hanya mengendalikan purata 39 pelepasan sehari secara eksklusif ke destinasi domestik, berbanding tahun 2001 apabila ia merupakan sebuah hab dengan 500+ penerbangan sehari dengan perkhidmatan di seluruh Amerika Syarikat dan ke Eropah.[40]

2004–2005

[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2004, US Airways cuba membina gerbang Amerika Latin di Ft. Lauderdale/Hollywood, dengan mengumumkan perkhidmatan ke 10 bandar di Amerika Latin dan Caribbean.[41] Percubaan itu sebahagian besarnya tidak berjaya dan tidak bertahan lama, sebahagiannya disebabkan oleh jarak Fort Lauderdale yang berdekatan dengan hab American Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami serta rangkaian Amerika Latinnya yang luas. US Airways juga mula mengurangkan penekanan pada sistem sistem hab dan jejari untuk memanfaatkan penerbangan terus antara lapangan terbang utama di Pantai Timur seperti Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington dan New York-LaGuardia.

Syarikat penerbangan ini menjadi ahli ke-15 Star Alliance pada 4 Mei 2004.[42]

Kos bahan api dan perundingan yang buntu dengan kesatuan sekerja, terutamanya Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan, yang secara tradisinya merupakan kumpulan pertama yang mencapai persetujuan konsesi, memaksa US Airways memasuki pusingan kedua prosiding perlindungan kebankrapan Bab 11 pada 12 September 2004. Ketidakpuasan hati pekerja yang meluas dan jumlah cuti sakit pekerja yang tinggi dipersalahkan oleh syarikat penerbangan atas kekurangan kakitangan di sekitar cuti Krismas 2004, satu bencana hubungan awam yang membawa kepada spekulasi bahawa syarikat penerbangan itu boleh dilikuidasi; USDOT mendapati bahawa masalah tersebut berpunca utamanya daripada pengurusan syarikat penerbangan yang lemah.[43]

Penggabungan US Airways/America West

[sunting | sunting sumber]

Bahkan sebelum fail kebankrapan kedua pada tahun 2004, salah satu alternatif yang diterokai oleh US Airways Group adalah kemungkinan penggabungan dengan America West, kerana kedua-dua syarikat penerbangan tersebut mempunyai rangkaian yang saling melengkapi dan kos buruh yang serupa. Pihak-pihak berkenaan mengadakan perbincangan awal dan menjalankan usaha wajar dari Februari hingga Julai 2004. Akhirnya, perbincangan ini berakhir disebabkan oleh isu-isu berkaitan kos buruh, pencen, dan faedah.

Menjelang Disember 2004, US Airways telah mengurangkan kos buruh secara signifikan. Penasihat pelaburannya, Kumpulan Seabury, mencadangkan agar syarikat penerbangan itu dijual. Pada bulan berikutnya, US Airways Group dan America West Holdings menyambung semula perbincangan mereka. Pada 19 Mei 2005, kedua-dua syarikat penerbangan mengumumkan perjanjiian penggabungan secara rasmi, yang distrukturkan sebagai pengambilalihan terbalik. Pembiayaan untuk perjanjian itu disediakan oleh pelabur luar termasuk Airbus, Air Wisconsin (pengendali US Airways Express), dan ACE Aviation Holdings, syarikat induk Air Canada. Syarikat penerbangan yang digabungkan itu mengekalkan nama US Airways untuk menekankan skop kebangsaannya, serta untuk memanfaatkan pengiktirafan seluruh dunia US Airways, program penumpang kerap Dividend Miles, dan keahlian Star Alliance.[44] Pada 13 September 2005, pemegang saham America West mengundi untuk menyokong perjanjian penggabungan dan tiga hari kemudian Mahkamah Kebankrapan U.S. bagi Daerah Timur Virginia meluluskan penamatan kebankrapan US Airways, membolehkan penggabungan itu dimuktamadkan pada 27 September.

Sejak penggabungan itu, US Airways telah beribu pejabat di bekas pejabat korporat America West di Tempe, Arizona, dan eksekutif serta ahli lembaga America West sebahagian besarnya memegang kawalan syarikat yang digabungkan. Sijil pengendalian FAA gabungan pesawar syarikat itu merangkumi tanda panggilan dan pengenal syarikat penerbangan America West "CACTUS" dan "AWE".

Pasca-penggabungan 2005

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tahun 2006, syarikat penerbangan itu mula menyatukan operasinya di bawah jenama US Airways. Operasi tidak diintegrasikan sepenuhnya sehinggalah Oktober 2008, apabila kelulusan kerajaan diperoleh untuk membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi di bawah satu sijil pengoperasian.

Pada Mei 2006, laman web US Airways dan America West telah digabungkan. Laman web baharu US Airways menyatukan kedua-dua jenama menggunakan grafik dan gaya yang mencerminkan warna corak grafik baharu dan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.

Pada Julai 2006, US Airways dan America West menempah 20 pesawat Airbus A350 baharu.[45]

Pada Disember 2006, US Airways menjadi syarikat penerbangan "warisan" Amerika pertama yang menambah Embraer 190 ke dalam armada talian utamanya.[46] Ia kekal sebagai salah satu daripada hanya tiga syarikat penerbangan utama Amerika yang telah mengendalikan E190 dalam perkhidmatan berjadual, selain JetBlue (yang bersara daripada armada E190 mereka pada tahun 2025) dan Breeze.

Pada akhir tahun 2006, US Airways membuat tawaran untuk pesaingnya Delta Air Lines, yang membantah tindakan tersebut dan menganggapnya sebagai pengambilalihan bermusuhan oleh US Airways. Tawaran terakhir dinilaikan pada $10 bilion tetapi ditarik balik pada 31 Januari 2007, kerana US Airways gagal mendapatkan sokongan daripada pemiutang Delta. Syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa ia tidak lagi akan meneruskan potensi pengambilalihan Delta.[47]

Pesawat dilengkapi dengan Verizon Airfone di setiap baris tempat duduk. Apabila Verizon menamatkan perkhidmatan tersebut, syarikat penerbangan menyahaktifkan perkhidmatan berkenaan dan mengeluarkan telefon di semua pesawat menjelang tahun 2007.

Pada malam 4 Mac 2007, sistem tempahan komputer US Airways dan America West telah digabungkan. US Airways, yang sebelumnya menggunakan sistem komputer syarikat penerbangan Sabre, bertukar kepada sistem QIK baharu, iaitu paparan lapisan atas untuk sistem SHARES yang telah digunakan oleh America West. Beberapa ciri daripada sistem Sabre telah diserap ke dalam sistem gabungan baharu, dengan yang paling menonjol ialah penggunaan berterusan partition ramp Sabre "DECS" untuk semua fungsi komputer berkaitan berat dan imbangan, pemuatan pesawat dan penjejakan penerbangan teknikal dalam syarikat.

America West Airlines dan US Airways menggabungkan sijil FAA pada 25 September 2007. Bekas pekerja America West (termasuk juruterbang, kakitangan perkhidmatan armada, atenden penerbangan) kekal di bawah kontrak kesatuan asal America West mereka dan tidak menggabungkan tenaga kerja secara penuh dengan rakan sejawat pra-penggabungan US Airways mereka. Sehingga Oktober 2008, bekas pesawat America West terbang dengan anak kapal masing-masing dan menggunakan tanda panggilan "CACTUS", manakala anak kapal pra-penggabungan US Airways terutamanya terbang dengan pesawat masing-masing dan menggunakan tanda panggilan "US AIR". Pada Oktober 2008, syarikat mula beroperasi di bawah satu sijil pengoperasian (iaitu daripada bekas US Airways). Ini memerlukan operasi di bawah satu tanda panggilan dan pengenal, dan tanda panggilan America West ("CACTUS" dan "AWE") telah dipilih sebagai tanda keturunan syarikat. Selain itu, penerbangan yang dikendalikan menggunakan bekas pesawat dan anak kapal America West dinomborkan 1–699, manakala penerbangan yang dikendalikan oleh pesawat dan anak kapal pra-penggabungan US Airways dinomborkan 700–1999. (Penerbangan dinomborkan 2000–2199 adalah perkhidmatan ulang-alik dan penerbangan 2200 dan ke atas dikendalikan oleh anak syarikat ekspres.) Pesawat yang dikendalikan oleh anak kapal pra-penggabungan US Airways atau bekas anak kapal America West terbang di bawah dua sijil pengoperasian Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat yang berbeza sehingga 25 September 2007. Walau bagaimanapun, sehingga kumpulan kesatuan juruterbang dan atenden penerbangan dari kedua-dua belah pihak berjaya merundingkan satu kontrak tunggal, setiap kumpulan ahli anak kapal hanya akan terbang pada pesawat syarikat penerbangan pra-penggabungan mereka dan penerbangan akan ditandakan mengikut kesesuaian.

Sejak sistem komputer digabungkan, bekas penerbangan yang dikendalikan America West dipasarkan seolah-olah America West ialah syarikat penerbangan milik penuh. Amalan pemasaran ini adalah biasa bagi syarikat penerbangan yang mempunyai perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan lain yang mengendalikan pesawat untuk laluan pengumpan atau regional dan walaupun amalan ini jarang berlaku untuk syarikat penerbangan utama, ia mempermudahkan proses bagi penumpang yang membuat penerbangan sambungan antara penerbangan yang dikendalikan secara sejarah oleh US Airways dan penerbangan yang dikendalikan oleh bekas America West.

Pada musim panas tahun 2007, US Airways mula menaik taraf perkhidmatan dalam penerbangannya, daripada makanan dan hiburan sehinggalah latihan atenden penerbangan. Syarikat penerbangan itu merancang untuk menguji pasaran sistem hiburan penyandar tempat duduk baharu pada awal tahun 2008, walau bagaimanapun, krisis kewangan 2008 menamatkan rancangan tersebut. Sebagai hasil lanjut daripada kos bahan api yang melambung tinggi, syarikat penerbangan membatalkan rancangan naiktaraf perkhidmatan musim panas 2007 serta menamatkan hiburan dalam penerbangan yang sedia ada pada semua laluan domestik.[48]

Tinjauan Consumer Reports ke atas 23,000 pembaca pada Jun 2007 meletakkan US Airways sebagai syarikat penerbangan terburuk untuk kepuasan pelanggan. Tinjauan itu dijalankan sebelum gangguan perkhidmatan syarikat penerbangan pada Mac 2007. Tinjauan susulan yang mengundi saiz sampel yang lebih kecil, yang dijalankan pada April, mendapati bahawa US Airways kekal di tempat terakhir, dengan skornya turun sebanyak 10 mata lagi.[49] Juga pada tahun 2007, Tinjauan Syarikat Penerbangan Today/Zagat menilai US Airways sebagai syarikat penerbangan terburuk secara keseluruhan di Amerika Syarikat, dengan meletakkannya pada kedudukan 10/30 untuk keselesaan, 5/30 untuk makanan, 10/30 untuk perkhidmatan dan 15/30 untuk sistem tempahan dalam talian.[50]

Pada 1 Ogos 2008, US Airways berhenti menyediakan minuman percuma; penumpang boleh membeli air botol atau soda pada harga $2 atau kopi dan teh pada harga $1. Penerbangan ulang-alik antara LGA, DCA dan BOS terus menawarkan minuman percuma.[51] US Airways menyambung semula perkhidmatan minuman percuma pada Mac 2009.

US Airways berada di kedudukan terakhir daripada 20 syarikat penerbangan domestik untuk prestasi menepati masa pada bulan Mac, April, dan Mei 2007, mengikut angka DOT. Mengikut laporan Biro Statistik Pengangkutan Jun 2008 (menggunakan data dari Mei 2008), US Airways berada di kedudukan ketujuh bagi peratusan ketibaan menepati masa.

US Airways mendahului dalam aduan perkhidmatan dengan 4.4 aduan bagi setiap 100,000 pelanggan. Kadar aduan pelanggan US Airways adalah 7.5 kali ganda kadar JetBlue (0.59 aduan per 100,000 pelanggan) dan 11 kali ganda kadar Southwest Airlines (0.4 aduan per 100,000 pelanggan).[52] US Airways mempunyai rekod yang sangat buruk dalam mengendalikan aduan pelanggan, dengan hanya menjawab 50% daripada panggilan telefon ke jabatan perkhidmatan pelanggannya.[53]

Menjelang September 2007, US Airways terus menurunkan status Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh daripada 500 penerbangan sehari (dengan 12,000 pekerja) pada tahun 2001 kepada hanya 68 penerbangan sehari (dengan hanya 1,800 pekerja). CEO Parker menyatakan kekecewaannya terhadap ekonomi Pittsburgh dan merujuk kepada kemungkinan perkhidmatan dikurangkan lagi. Ini mewakili kemerosotan lanjut hubungan yang tegang dengan Daerah Allegheny, Pennsylvania, yang mana syarikat penerbangan itu berkongsi ikatan sejarah yang signifikan.[54] US Airways Group Inc. berkata pada 3 Oktober 2007 ia akan memotong penerbangan talian utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh kepada 22 sehari daripada 31 dan mengurangkan penerbangan regional kepada 46 sehari daripada 77, bermula 6 Januari 2008, yang pada dasarnya mengurangkan lapangan terbang itu kepada jejari destinasi dalam rangkaiannya.[55] Pittsburgh tidak lagi menjadi bandar tumpuan bagi syarikat penerbangan itu mengikut laporan tahunan terbaharu dan pengurangan jadual penerbangan Januari 2008.

Juruterbang US Airways East mengambil langkah untuk melepaskan keahlian ALPA mereka dan membentuk kesatuan dalaman mereka sendiri.[56] Juruterbang "East" tidak berpuas hati dengan keputusan timbang tara mengikat apabila keputusan penimbang tara meletakkan semua juruterbang bekas America West yang aktif, termasuk juruterbang paling junior mereka yang baru diambil bekerja tiga bulan sebelum penggabungan, di hadapan juruterbang US Airways yang bercuti tanpa gaji sehingga 17 tahun perkhidmatan. Bekas juruterbang US Airways memohon kepada Lembaga Penengahan Kebangsaan untuk menjalankan pengundian bagi menentukan sama ada mahu menggantikan kesatuan mereka. Juruterbang East (3,200) mengatasi bilangan juruterbang West (1,800) dan presiden kesatuan yang dicadangkan menyatakan bahawa kesatuan mempunyai jumlah permintaan yang mencukupi untuk memanggil pengundian mengikut peraturan Lembaga Penengahan Kebangsaan.[57] Kesatuan baharu itu akan dipanggil Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan US (USAPA). Pada 17 April 2008, USAPA telah diundi sebagai ejen perundingan tunggal untuk juruterbang US Airways, East dan West.

Ia mengambil masa lebih setahun untuk membetulkan masalah yang berpunca daripada penggabungan dan menjelang tahun 2008, US Airways merupakan salah satu pengendali berprestasi terbaik di kalangan syarikat penerbangan warisan. Syarikat penerbangan itu mempunyai prestasi pelepasan dan ketibaan terbaik di kalangan syarikat penerbangan utama US yang lain. Disebabkan prestasi pelepasan Menepati Masa dan ketibaan Menepati Masa yang kukuh, ia menjadi syarikat penerbangan utama nombor satu. Northwest adalah satu-satunya syarikat penerbangan lain yang mempunyai prestasi lebih baik tetapi menjadi sebahagian daripada Delta pada tahun tersebut.

Pada 25 April 2008, dilaporkan bahawa US Airways dalam perbincangan untuk menggabungkan operasinya sama ada dengan American Airlines atau United Airlines, sebahagiannya sebagai maklum balas kepada penggabungan Delta Air Lines dan Northwest Airlines baru-baru ini.[58] Kemudian, pada 28 April 2008, laporan menyatakan bahawa US Airways akan mengumumkan niatnya untuk bergaung dengan United dalam tempoh dua minggu.[59] Pada akhir Mei 2008, syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa perbincangan penggabungan telah ditamatkan secara rasmi.[60]

Pada 20 Mei 2008, mengikut Indeks Kepuasan Pelanggan Amerika tahunan oleh Universiti Michigan, US Airways berada di kedudukan terakhir dalam kepuasan pelanggan di kalangan syarikat penerbangan utama.[61] Walau bagaimanapun, ia membuat kemajuan berterusan untuk merapatkan jurang dengan syarikat penerbangan lain. Pada akhir tahun 2008, US Airways menutup hab Las Vegasnya, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian America West.

Video Pengawal Pantai (panjang 8:07) mengenai kemalangan dan penyelamatan; mendarat di air adalah pada jam 3:31:02 petang

Pada 15 Januari 2009, sebuah Airbus A320 berdaftar N106US, Penerbangan 1549 US Airways di bawah perintah Kapten Chesley Sullenberger, terbang dari Lapangan Terbang LaGuardia Bandar Raya New York ke Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas, mendarat di air Sungai Hudson tidak lama selepas berlepas. Serangan burung daripada sekumpulan angsa Kanada menyebabkan kedua-dua enjin kehilangan kuasa.[62] Kesemua 150 penumpang dan 5 ahli anak kapal (2 juruterbang dan 3 atenden penerbangan) selamat. Gabenor New York, David Paterson menggelarnya sebagai "keajaiban di Hudson".[63]

US Airways menerima Airbus A330-200 pertamanya pada Jun 2009.

Pada pertengahan tahun 2009, dilaporkan bahawa US Airways, bersama-sama dengan American Airlines dan United Airlines telah diletakkan di bawah pemantauan kredit. Pakar mendapati beberapa faktor, termasuk modal dan hasil pendapatan, memainkan peranan dalam penambahan syarikat penerbangan itu ke dalam senarai tersebut.[64][65] Pada 2 Oktober, US Airways melaporkan bahawa ia mempunyai pembeli untuk 10 daripada 25 Pesawat Embraer 190 miliknya. Baki 15 pesawat dijadualkan ditempatkan semula ke Boston di mana ia akan mengendalikan laluan Boston ke Philadelphia dan bahagian Boston ke New York LaGuardia bagi perkhidmatan Ulang-Alik US Airways. Pada 8 Disember 2009, US Airways memulakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Rio de Janeiro-Galeão yang dikendalikan oleh Boeing 767-200, laluan pertamanya ke Amerika Selatan.

Syarikat penerbangan ini terus mengendalikan penerbangan berjadual dan keuntungan dilihat mampan. Syarikat penerbangan ini berada dalam keadaan baik. Tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik untuk syarikat penerbangan ini disebabkan tiada insiden atau kemalangan direkodkan berikutan pendaratan di air penerbangan 1549 pada tahun sebelumnya. Syarikat penerbangan ini menguntungkan sehingga penggabungan dengan American Airlines pada tahun 2015.

US Airways memotong banyak laluan untuk menutup bandar tumpuannya di Las Vegas, Boston, dan New York LaGuardia. Syarikat penerbangan itu diberi kelulusan tentatif kerajaan untuk menukar banyak slot pelepasan dan pendaratan LaGuardia kepada Delta Air Lines sebagai pertukaran untuk slot Delta di Kebangsaan Washington. Pertukaran ini akan mengukuhkan kehadiran setiap syarikat penerbangan di kedua-dua lapangan terbang. DOT memberikan kelulusan sementara menunggu syarikat penerbangan menjual seperatusan kecil laluan mereka kepada syarikat penerbangan lain. US Airways dan Delta tidak bersetuju dengan keputusan itu dan berkata mereka merancang untuk menyaman DOT US.[66]

Pada 7 April 2010, The New York Times melaporkan bahawa US Airways mendalam dalam "perbincangan penggabungan" dengan United Airlines. Laporan itu menyatakan bahawa perjanjian tidak akan dicapai selama beberapa minggu, tetapi menunjukkan bahawa perjanjian sudah dekat.[67] Walau bagaimanapun, beberapa minggu kemudian, pada 22 April 2010, syarikat penerbangan itu menamatkan perbincangan dengan United mengenai penggabungan tersebut.[68] Tidak lama selepas itu, United mengumumkan bahawa ia akan bergabung dengan Continental Airlines sebaliknya.[69]

Pada April 2011, US Airways mendapat tempat teratas dalam laporan Penarafan Kualiti Syarikat Penerbangan (AQR) 2011 dalam kalangan pembawa "Big-Five" hub-and-spoke.[70] Presiden US Airways Scott Kirby berkata bahawa US Airways ialah syarikat penerbangan berdaya maju yang terakhir di A.S. untuk penggabungan dan mana-mana potensi penggabungan adalah dengan salah satu daripada tiga pembawa A.S.: United Airlines, American Airlines atau Delta Air Lines.[71] Kirby juga mengulas bahawa keahlian US Airways dalam Star Alliance akan menjadikan penggabungan dengan United Airlines lebih mudah, tetapi menambah "ia tidak cukup bermakna untuk benar-benar menjadi satu faktor".[72] Dalam kalangan 10 syarikat penerbangan domestik terbesar, pengguna memberi skor kepada US Airways di tempat terakhir untuk kepuasan pengguna secara keseluruhan dalam tinjauan Consumer Reports pada Mei 2011.[73][74][75]

Pada Mei 2011, Business Insider melaporkan bahawa Indeks Kepuasan Pengguna Amerika (ACSI) meletakkan US Airways di kedudukan keenam dalam senarai "19 Syarikat Paling Dibenci di Amerika".[76]

Pada Julai 2011, kesatuan juruterbang, USAPA, membeli iklan satu halaman penuh dalam USA Today, mempersoalkan komitmen pengurusan US Airways terhadap keselamatan. US Airways menghantar komunikasi kepada semua perkerjanya, pada hari yang sama dengan iklan tersebut, menafikan tuduhan itu. Pada September 2011, US Airways memohon dan diberikan injunksi terhadap juruterbang, mendakwa kesatuan juruterbang, USAPA, menggunakan komitmen mereka terhadap keselamatan sebagai taktik perundingan.

Pada Januari 2012, US Airways menyatakan minat untuk mengambil alih pembawa muflis American Airlines.[77] Tom Horton, CEO induk American AMR Corporation, berkata pada Mac bahawa American terbuka untuk penggabungan.[78] Laporan Bloomberg L.P. bertarikh 23 Mac 2012, menyatakan bahawa US Airways telah berbincang dengan pemiutang AMR mengenai tawaran pengambilalihan.[79] Pada 7 Disember 2012, US Airways mengumumkan cadangan penggabungan dengan American Airlines. Penggabungan itu memerlukan kelulusan daripada hakim kemuflisan, yang mana telah berjaya. Syarikat penerbangan gabungan itu akan mengekalkan nama American Airlines dan akan berpusat di bandar asal American di Fort Worth, Texas.[80]

Pada 14 Februari 2013, US Airways Group dan AMR Corporation mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat akan bergabung untuk membentuk syarikat penerbangan terbesar di dunia. Dalam perjanjiian itu, pemegang saham AMR akan memiliki 72% daripada syarikat baharu dan pemegang saham US Airways Group akan memiliki baki 28%. Syarikat penerbangan gabungan itu akan membawa nama dan penjenamaan American Airlines, manakala pasukan pengurusan US Airways, termasuk CEO Doug Parker, akan mengekalkan sebahagian besar jawatan pengurusan operasi. Ibu pejabat bagi syarikat penerbangan baharu itu juga akan digabungkan di ibu pejabat semasa American di Fort Worth, Texas.[5][7] Pada 13 Ogos 2013, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bersama peguam negara dari enam negeri dan Daerah Columbia memfailkan saman untuk menyekat penggabungan itu, berhujah bahawa ia bermakna persaingan berkurangan dan harga lebih tinggi. Arizona, Florida, Pennsylvania, Texas, dan Virginia, negeri di mana sama ada American atau US Airways mengekalkan kehadiran yang besar, adalah antara plaintif dalam saman itu, begitu juga Tennessee.[81]

Pada 12 November 2013, kedua-dua syarikat mencapai kesepakatan dengan Jabatan Kehakiman.[82] Ini membolehkan syarikat menyempurnakan penggabungan pada 9 Disember 2013.[83]

Tahun-tahun terakhir dan penamatan operasi

[sunting | sunting sumber]

Pada 8 April 2015, penerbangan American Airlines yang dikendalikan oleh US Airways menamatkan tanda panggil Cactus yang digunakan oleh US Airways sejak penggabungan America West. Penerbangan terakhir yang menggunakannya ialah Penerbangan 774 dari London-Heathrow ke Philadelphia.[84]

Pada 13 Julai 2015, American mengumumkan bahawa ia merancang untuk menghentikan nama jenama US Airways pada 17 Oktober 2015. Pada tarikh itu, US Airways membuat penerbangan terakhirnya: Penerbangan 1939 (asalnya dinamakan Penerbangan 434, ditukar bagi mengingati tahun syarikat penerbangan itu ditubuhkan), menggunakan Airbus A321 berdaftar N152UW,[85][86] dan berlepas sebagai Penerbangan 1939 US Airways dan mendarat sebagai Penerbangan 1939 American Airlines. Penerbangan itu bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia pada jam 10:05 AM, 16 Oktober 2015, meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas, kemudian ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor, dan seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Pesawat itu membuat laluan terakhirnya pada malam 16 Oktober, sebagai penerbangan mata merah dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia. Ia mendarat lebih awal daripada jadual pada jam 5:52 AM EDT, dan pada ketika itu, jenama US Airways dan semua operasi di bawah namanya ditamatkan secara rasmi.[87][88]

Urusan dan identiti syarikat

[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat

[sunting | sunting sumber]
Ibu pejabat US Airways di Tempe, Arizona, dahulunya ibu pejabat America West Airlines sehingga penggabungan

Sebelum penggabungan dengan American Airlines, US Airways mempunyai ibu pejabatnya di Tempe, Arizona, di Phoenix Agung. Bangunan sembilan tingkat,[89] 225,000-kaki-persegi (20,900 m2) itu asalnya diduduki oleh America West Airlines.[90] Jahna Berry dari Arizona Business Gazette berkata pada tahun 2005 bahawa bangunan itu "merupakan salah satu bangunan dominan di pusat bandar Tempe".[91] Ia terletak berhampiran dengan persimpangan barat daya Rio Salado Parkway dan Mill Avenue.[92] Bandar Tempe memberi America West $11 juta dalam bentuk insentif dan pelepasan cukai supaya ia menduduki bangunan yang menjadi ibu pejabat US Airways, yang menelan kos $37 juta untuk dibina.[93]

Pembinaan bermula pada Januari 1998, walaupun upacara pecah tanah rasmi diadakan pada 19 Februari tahun tersebut.[94] Jelang tahun 2006, lebih 700 pekerja bekerja di bangunan tersebut.[89] Pada 31 Mei 2013, W.P. Carey Inc. menyerahkan 75% kepentingan dalam ibu pejabat US Airways kepada Parkway Properties Inc. dengan harga $41.8 juta atau $185 setiap kaki persegi.[92] Sehingga Disember 2013, 780 pekerja bekerja di bangunan itu. Selepas penggabungan antara American Airlines dan US Airways selesai, Hayley Ringle dari Phoenix Business Journal menyatakan pada Disember 2013 bahawa kemudahan itu menjadi "sekadar pejabat besar American Airlines Group". Pada bulan itu, John McDonald, naib presiden komunikasi korporat dan urusan awam American Airlines menyatakan bahawa ibu pejabat US Airways akan terus digunakan sekurang-kurangnya selama lima tahun dan buat masa ini kebanyakan pekerja di ibu pejabat US Airways akan kekal.[95]

Sebelum ini US Airways mempunyai ibu pejabatnya di Crystal Park Four, sebuah pembangunan guna tanah bercampur kelas A di Crystal City, Virginia, berhampiran Washington, D.C.[96] Park Four terletak di antara Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington, Pentagon, dan Daerah Columbia.[97] Selepas penggabungan dengan America West Airlines, syarikat membuat keputusan untuk menutup ibu pejabatnya di Virginia dan memindahkan pekerjanya ke bangunan bekas America West dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas penggabungan ditutup.[98] Russell Grantham dari The Atlanta Journal-Constitution berkata bahawa keputusan untuk memindahkan ibu pejabat ke Tempe tidaklah begitu sukar kerana kemudahan Crystal City "terdiri daripada kira-kira dua atau tiga tingkat pekerja sahaja."[99]

Pusat Operasi Penerbangan

[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh memenangi pertandingan tiga hala dengan Phoenix, Arizona dan Charlotte pada tahun 2007 untuk hak terus beroperasi sebagai Pusat Operasi Penerbangan Global US Airways. Dibuka pada November 2008, US Airways melabur lebih daripada $25 juta ($35.4 juta hari ini) dalam kemudahan seluas 72,000-kaki-persegi (6,700 m2). Ia menggantikan pusat operasi yang lebih kecil berusia 11 tahun (pra-penggabungan) yang terletak lebih dekat dengan pusat bandar Pittsburgh.[100][101] Pusat Ops canggih itu dibuka lebih awal daripada jadual dan menjadi rumah kepada kira-kira 600 pekerja. Ia berfungsi sebagai pusat saraf bagi hampir 1,400 penerbangan utama harian US Airways. Sebagai sebahagian daripada penggabungannya dengan American Airlines, syarikat penerbangan itu berhasrat untuk menutup pusat operasi penerbangan tersebut dan akan menggabungkannya dengan Pusat Operasi Penerbangan Bersepadu American Airlines berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Fort Worth, ibu pejabat American Airlines. Perpindahan itu dijangka mengambil masa dalam tempoh 18 bulan.[102] Ia diumumkan bahawa pusat operasi itu akan ditutup pada 23 Ogos 2015.[103]

Sokongan komuniti

[sunting | sunting sumber]

Program US Airways Do Crew merupakan program khidmat masyarakat pekerja syarikat penerbangan itu. Sukarelawan pekerja dalam program ini menyertai projek berasaskan komuniti setiap bulan melalui cawangan tempatan di Boston, Charlotte, Lembah Las Vegas, Bandar Raya New York, Philadelphia, Phoenix, Pittsburgh, Washington, D.C., dan Winston-Salem, North Carolina.

Airbus A320 US Airways
Airbus A330-200 US Airways

US Airways mempunyai pelbagai livery di bawah nama US Airways. Secara umumnya, bahagian Express dan Shuttle mempunyai livery yang hampir sejajar dengan livery keseluruhan syarikat, tetapi kemudiannya berkongsi pesawat yang sama dengan talian utama US Airways.

US Airways pra-2005 mempunyai livery biru tua; selepas ia bergabung dengan America West, US Airways bertukar kepada livery yang kebanyakannya berwarna putih.[104]

Susulan penggabungan US Airways dengan American Airlines, pesawat US Airways dicat semula ke dalam livery American Airlines. Jet pertama yang masuk semula ke dalam perkhidmatan hasil dengan livery American pada Januari 2014 ialah Airbus A319, nombor ekor N700UW, yang sebelum ini mengguna skema Star Alliance.[105]

Sebuah pesawat, Airbus A321 di bawah pendaftaran N578UW, kekal dicat dalam livery US Airways, sebagai salah satu pesawat warisan American. Logo sebenar US Airways berhampiran bahagian hadapan fiuselaj telah digantikan dengan logo American Airlines, tetapi bahagian pesawat yang lain kekal dalam livery US Airways.

Destinasi

[sunting | sunting sumber]
Hub US Airways disenaraikan mengikut pelepasan (Purata setakat 4Q13)
Pangkat Lapangan terbang Penerbangan
1 Charlotte, North Carolina 613
2 Philadelphia, Pennsylvania 429
3 Phoenix, Arizona 255
4 Washington, D.C. – Kebangsaan Ronald Reagan Washington 222

US Airways mengendalikan 3,031 penerbangan sehari ke 193 destinasi di 24 negara dari hubnya di Phoenix, Charlotte, dan Philadelphia.

Laluan US Airways tertumpu di sepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat, Barat Daya Amerika Syarikat, dan Karibab, dengan beberapa laluan melayani Eropah dan destinasi utama di sepanjang Pantai Barat Amerika Syarikat. Kehadiran syarikat penerbangan itu di barat A.S. telah meningkat berikutan penggabungan dengan America West. Perkongsian kod dengan United Airlines (sebelum meninggalkan Star Alliance) telah membantu US Airways dengan membolehkan syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya di seluruh negeri Barat Tengah Amerika Syarikat, Great Plains, dan Banjaran Rocky. Perkhidmatan ke Amerika Selatan, Asia, dan Australia juga ditawarkan melalui perkongsian kod American Airlines. Begitu juga, penumpang American mendapat manfaat daripada peningkatan akses melalui US Airways ke Pantai Timur A.S., Eropah, dan Karibia. Pembawa US Airways Express mengendalikan sejumlah besar laluan domestik, terutamanya ke hub dan bandar tumpuan US Airways, tetapi dengan beberapa pengecualian, terutamanya pasaran kecil di mana pembawa ekspres daerah mengendalikan perkhidmatan di bawah program Perkhidmatan Udara Esensial (EAS), serta beberapa laluan ulang-alik titik-ke-titik di wilayah Timur Laut dan Pertengahan Atlantik dan ke selatan melalui Carolina. Sebelum US Airways digabungkan sepenuhnya ke dalam American Airlines, US Airways ialah syarikat penerbangan utama A.S. yang terakhir dan satu-satunya yang tidak pernah terbang ke Asia Timur, walaupun ia mempunyai perkongsian kod dengan American Airlines dan kebanyakan pembawa udara Asia yang bekerjasama dalam Perikatan OneWorld.

Pada tahun 2007 syarikat penerbangan itu memohon untuk penerbangan ke Bogotá, Colombia, tetapi Jabatan Pengangkutan A.S. menolak permohonan itu selepas agensi itu menganugerahkan laluan dari hub New York-JFK Delta, JetBlue dari Orlando dan Spirit dari Fort Lauderdale kepada Delta Air Lines, JetBlue, dan Spirit Airlines.

Pada tahun 2008, US Airways dan syarikat penerbangan lain bergelut dengan harga bahan api. Walaupun begitu, CEO US Airways Doug Parker berkata "Ia [Philadelphia] ialah pintu masuk antarabangsa kami. Kami mahu mengemangkannya". Perkhidmatan ke Lapangan Terbang Heathrow London bermula pada Mac 2008. Syarikat penerbangan itu juga menambah tiga penerbangan antarabangsa semasa musim panas 2009, termasuk Tel Aviv, dari Philadelphia.[106] US Airways juga memulakan perkhidmatan sepanjang tahun antara Charlotte dan Rio de Janeiro, yang dihentikan pada awal 2015.[107]

Pada tahun 2009 US Airways dan Delta mencapai persetujuan untuk menukar slot pendaratan/pelepasan di Lapangan Terbang LaGuardia dan Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington. US Airways juga merancang untuk menerima hak laluan tambahan ke São Paulo daripada Delta hasil daripada transaksi ini. Perkhidmatan ke São Paulo dari hub Charlotte dihentikan pada 1 Oktober 2014.[108]

Pada 21 November 2012, syarikat penerbangan itu dianugerahkan slot pendaratan di Lapangan Terbang Heathrow London untuk penerbangan tanpa henti antara Charlotte dan London Heathrow, melengkapi laluan sedia ada dari Philadelphia ke London Heathrow.[109] Syarikat penerbangan itu memulakan perkhidmatan dari Charlotte ke Heathrow pada 30 Mac 2013, menggantikan perkhidmatannya dari Charlotte ke Gatwick, yang mengakhiri perkhidmatan syarikat penerbangan itu di Gatwick.[110]

Perjanjian perkongsian kod

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kewujudannya, US Airways mempunyai perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan berikut:[111]

Menjelang pertengahan 2014, US Airways mengekalkan armada yang kebanyakannya terdiri daripada pesawat Airbus, dengan beberapa jet Boeing dan armada kecil jet Embraer. US Airways pasca penggabungan terus mengendalikan armada pesawat Airbus terbesar di dunia.[120]

Anak syarikat Piedmont dan PSA mengendalikan pesawat Bombardier CRJ (PSA) dan de Havilland Canada Dash 8 (Piedmont) secara eksklusif.

Envoy ialah produk kelas perniagaan antarabangsa US Airways. Ia ditawarkan pada semua Airbus A330 dan Boeing 767-200ER, serta Boeing 757-200 terpilih. Terdapat tiga jenis tempat duduk Envoy dalam armada US Airways:

  • Suite baring sepenuhnya dalam konfigurasi tulang ikan terbalik 1–2–1 ditemui pada semua Airbus A330. Ini merupakan model Cirrus yang direka oleh Sicma Aeroseat dan menampilkan "pod" separa persendirian yang baring sepenuhnya.[121]
  • Boeing 757-200 berkonfigurasi antarabangsa dan semua 767-200ER menampilkan tempat duduk buaian baring dalam sekitar 165 darjah.

Sebelum ini, baris pertama semua Airbus A330-300 ialah tempat duduk baring sepenuhnya, yang dahulunya merupakan produk kelas pertama antarabangsa US Airways. Dengan peralihan daripada perkhidmatan tiga kelas kepada dua kelas antarabangsa, tempat duduk ini, buat seketika waktu, ditawarkan dengan bayaran kepada pelanggan Envoy.

Setiap tempat duduk mempunyai skrin video peribadi mengikut permintaan sama ada dipasang pada penyandar tangan atau sebagai unit mudah alih yang diedarkan oleh anak kapal yang menawarkan filem, permainan dan rancangan televisyen sindiket dalam pelbagai bahasa. Terdapat juga soket kuasa EmPower atau AC di setiap tempat duduk.[122]

Syarikat penerbangan ini menawarkan perkhidmatan makanan dan minuman percuma untuk semua penumpang Envoy.

Kelas Pertama

[sunting | sunting sumber]

Kelas Pertama ditawarkan pada semua pesawat berkonfigurasi domestik. Jarak tempat duduk (pitch) berkisar antara 35 hingga 38 inci (89 hingga 97 cm) dan lebar tempat duduk berkisar antara 20 hingga 21 inci (51 hingga 53 cm). Anggur, bir dan minuman keras percuma serta bakul snek ditawarkan pada semua penerbangan, begitu juga dengan selimut. Makanan disediakan untuk penerbangan berdurasi 2.5 jam atau lebih lama.

Kabin Utama

[sunting | sunting sumber]

Kabin Utama (Kelas Ekonomi) tersedia pada semua pesawat, dengan jarak tempat duduk berkisar antara 30 hingga 33 inci (76 hingga 84 cm) dan lebar tempat duduk berkisar antara 17 hingga 18 inci (43 hingga 46 cm). Perkhidmatan domestik ialah program beli di atas pesawat dengan makanan penuh tersedia untuk dibeli pada penerbangan berdurasi 3.5 jam atau lebih lama, manakala penerbangan yang lebih singkat menawarkan kotak snek. Kopi, teh dan minuman ringan adalah percuma dengan minuman beralkohol tersedia untuk dibeli. Penerbangan transatlantik dan Amerika Selatan merangkumi makanan dan minuman standard (termasuk anggur) tanpa sebarang caj, dengan makanan premium tersedia untuk dibeli, yang merangkumi satu minuman beralkohol.[123]

Hiburan dalam penerbangan

[sunting | sunting sumber]

US Airways menawarkan Internet Dalam Penerbangan GoGo pada pesawat Airbus A319/A320/A321 dan Embraer 170/175/190. US Airways juga telah mendaftar untuk perkhidmatan penstriman video GoGo Vision yang akan tersedia pada semua pesawat yang dilengkapi GoGo. Penerbangan ke Eropah, Amerika Selatan, Hawaii dan penerbangan domestik melebihi 700 batu yang dikendalikan dengan pesawat Boeing menampilkan filem dan episod TV di skrin atas kepala dalam Kelas Ekonomi. Airbus A330 menampilkan AVOD di setiap tempat duduk di kedua-dua Kelas Ekonomi dan Perniagaan dengan pilihan filem, episod TV, muzik dan permainan. Fon kepala percuma tersedia di kedua-dua Kelas Perniagaan dan Ekonomi pada penerbangan ke Eropah, Amerika Selatan dan Timur Tengah.

GoGo biasanya berharga US$5–15 untuk penerbangan domestik. Ia tidak pernah tersedia untuk penerbangan antarabangsa.

Dividend Miles

[sunting | sunting sumber]
Risalah untuk program USAir terdahulu, 1988

Dividend Miles ialah program penerbangan kerap US Airways Group. Ahli memperoleh satu batu untuk setiap batu yang diterbangkan pada US Airways bagi mana-mana tambang yang diterbitkan – penerbangan berbayar yang diambil dalam Kelas Pertama atau Envoy menerima bonus 50% batu. Ahli juga memperoleh batu bagi penerbangan pada syarikat penerbangan rakan kongsi dan untuk penginapan hotel rakan kongsi, sewaan kereta, berbelanja di pusat beli-belah Dividend Miles dan untuk pembelian yang dibuat dengan kad kredit US Airways. Batu boleh ditebus untuk penerbangan percuma, naiktaraf dan banyak lagi. Dividend Miles bakal diserap ke dalam program AAdvantage American Airlines pada suku kedua tahun 2015.[124] Walau bagaimanapun, American Airlines mengumumkan pada 13 Mac 2015 bahawa Dividend Miles akan digabungkan ke dalam program AAdvantage American "dalam tempoh 30 hari akan datang".[125] Pada 24 Mac 2015, disahkan bahawa Dividend Miles akan diserap ke dalam program AAdvantage American pada 28 Mac 2015.[126] Pada 28 Mac 2015, Dividend Miles diserap secara rasmi ke dalam program AAdvantage American Airlines.[127]

Sebagai tambahan kepada perkongsian US Airways Express dan Oneworld, program Dividend Miles dengan syarikat penerbangan atau program rakan kongsi lain merangkumi:[128]

Laman santai lapangan terbang

[sunting | sunting sumber]

Kelab US Airways

[sunting | sunting sumber]

Laman santai lapangan terbang US Airways dipanggil Kelab US Airways. Terdapat 19 laman santai di 13 lapangan terbang di seluruh Amerika Syarikat. Sebagai sebahagian daripada penggabungan, semua kelab US Airways telah dijenamakan semula secara beransur-ansur sebagai Admirals Club American pada tahun 2014, kecuali beberapa yang telah ditutup.[129][130]

Sebagai tambahan kepada mereka yang mempunyai keahlian berbayar, pelanggan berikut juga mendapat akses percuma ke lokasi Admirals Club:

  • Penumpang yang melancong dalam Kelas Perniagaan (dinamakan semula daripada Kelas Envoy) bagi penerbangan antarabangsa
  • Ahli Emerald dan Sapphire Oneworld, kecuali ahli AAdvantage American dan ahli Dividend Miles US Airways yang melancong secara domestik.

Laman Santai Envoy

[sunting | sunting sumber]

Terminal A Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia dahulunya mempunyai Laman Santai Envoy yang disediakan khas untuk Kelas Envoy, penumpang premium antarabangsa Star Alliance, dan ahli Star Alliance Gold yang melancong dalam penerbangan antarabangsa jarak jauh. Disebabkan kedudukan laman santai yang berhampiran dengan penerbangan antarabangsa jarak jauh yang berlepas, laman santai ini menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lebih luas daripada yang biasa ditemui di Kelab US Airways. Pada tahun 2011, syarikat penerbangan ini menukarkan Laman Santai Envoy menjadi Kelab US Airways standard, yang kini merupakan Admirals Club.

Kemalangan dan insiden

[sunting | sunting sumber]

Insiden dan kemalangan yang tersenarai di bawah hanya merangkumi insiden US Airways dan US Air (bukan syarikat penerbangan pendahulu atau penggabungan seperti Allegheny, Piedmont, PSA atau America West; atau syarikat penerbangan tempatan rakan kongsi yang mengendalikan penerbangan US Airways di bawah jenama US Airways Express).

Insiden dilaporkan US Airways
Penerbangan Tarikh Pesawat Lokasi Keterangan Kecederaan Foto pesawat yang terlibat
Maut Parah Ringan Selamat
499[131] 21 Februari 1986 Douglas DC-9-31 Erie, Pennsylvania Terbabas di landasan ais; kerosakan teruk pada badan pesawat tetapi tiada kemalangan jiwa 0 0 1 22
5050[132] 20 September 1989 Boeing 737-400 Flushing, New York Pesongan kemudi semasa berlepas 2 3 18 40
1493[133] 1 Februari 1991 Boeing 737-300 Los Angeles, California Pelanggaran di landasan dengan Penerbangan SkyWest Airlines 5569; kesilapan pemisahan pengawal ATC 35 12 17 37
405[134] 22 Mac 1992 Fokker 28-4000 Flushing, New York Prosedur pembuangan ais yang tidak betul, kesilapan juruterbang 27 9 12 3
1016[135] 2 Julai 1994 McDonnell Douglas DC-9-32 Charlotte, North Carolina Guntingan angin semasa pendekatan terlepas 37 16 4
427[136] 8 September 1994 Boeing 737-300 Hopewell Township, Perbandaran Beaver, Penn. Pesongan kemudi tanpa perintah 132
1549 15 Januari 2009 Airbus A320-214 New York, New York Rempuhan burung pada kedua-dua enjin, menyebabkan kegagalan enjin berkembar dan pendaratan cemas di atas air di Sungai Hudson 0 5 95 50
1702[137] 13 Mac 2014 Airbus A320-214 Philadelphia, Pennsylvania Pengeluaran berlepas dibatalkan, hentaman ekor dan roda pendaratan, kesilapan juruterbang. 0 0 0 154
Jumlah korban Maut Parah Ringan Selamat
(8 insiden) 233 45 147 306

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Airline Certificate Information – Detail View". av-info.faa.gov. Federal Aviation Administration. May 12, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2015. Dicapai pada May 15, 2015. Certificate Number AALA025A
  2. ↑ "US Airways[[:Templat:Dash]]Phone/email". usairways.com. Dicapai pada April 3, 2015. {{cite web}}: URL–wikilink conflict (bantuan)
  3. ↑ Bartz, Diane; Jacobs, Karen (July 1, 2013). "State Attorneys General Join Probe Of American Airlines, U.S. Airways Merger". The Huffington Post. Dicapai pada July 1, 2013.
  4. ↑ Maxon, Terry (November 27, 2013). "Judge OKs American Airlines-US Airways merger, American's exit from bankruptcy". The Dallas Morning News. Diarkibkan daripada yang asal pada November 28, 2013. Dicapai pada November 29, 2013.
  5. 1 2 3 "American Airlines and US Airways to Create a Premier Global Carrier -- The New American Airlines" (Siaran akhbar). Fort Worth, TX & Tempe, AZ: AMR & US Airways Group. February 14, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2013. Dicapai pada February 14, 2013.
  6. ↑ Kurtzleben, Danielle (November 12, 2013). "AMR, US Airways Reach Settlement with Justice Department on Merger". U.S. News & World Report. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 5, 2016.
  7. 1 2 "American Airlines, US Airways unveil $11 billion merger". Reuters. February 14, 2013. Dicapai pada February 14, 2013.
  8. ↑ Karp, Gregory (April 8, 2015). "American Airlines, US Airways get FAA approval to fly as one carrier". Chicago Tribune. Dicapai pada October 22, 2015.
  9. ↑ "Last US Airways flight taking off from Philadelphia, stopping in Charlotte, Phoenix, San Fran". Star Tribune. Minneapolis. Associated Press. Oktober 18, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 16, 2015. Dicapai pada Oktober 22, 2015.
  10. 1 2 Mutzabaugh, Ben (October 16, 2015). "US Airways' Final Flight Closes Curtain on Another Major Airline". USA Today. Dicapai pada October 22, 2015.
  11. ↑ "History of American Airlines - About us" (dalam bahasa Inggeris). American Airlines. Dicapai pada June 23, 2018.
  12. 1 2 Benton, Sarah Ann (June 22, 2015). Franklin (dalam bahasa Inggeris). Arcadia Publishing. ISBN 9781439652008.
  13. ↑ Plautz, Jessica. "US Airways takes off: A look back at the now former airline". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 23, 2018.
  14. ↑ Scott Mayerowitz. "Timeline of major events in US Airways history". The San Diego Union-Tribune (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada June 24, 2018.
  15. ↑ "US Airways". Encyclopædia Britannica. October 19, 2015. Dicapai pada October 22, 2015.
  16. ↑ Air Transport World May 1974
  17. ↑ "Hoover's profile of US Airways, Company History". Hoover's. September 7, 2007. Dicapai pada September 7, 2007.
  18. ↑ Arnoult, Sandra (October 31, 2005). "Piedmont's Roots Run Deep". Air Transport World.
  19. ↑ "Allegheny Asks New Name". The Toledo Blade. Associated Press. March 30, 1979. Dicapai pada October 22, 2015.[pautan mati kekal]
  20. ↑ "Pennsylvania Airlines". StanWing. Diarkibkan daripada yang asal pada November 10, 2015. Dicapai pada May 9, 2020.
  21. ↑ "US Airways Group, Inc. – Company History". Fundinguniverse.com. Dicapai pada May 17, 2012.
  22. ↑ Hamilton, Martha M. (May 25, 1989). "USAir Rolls Out a Brand-New Image; Spruced-Up Jet's New Graphics Aim to Show National Carrier Status". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada May 13, 2013. Dicapai pada April 3, 2015 – melalui HighBeam Research.
  23. 1 2 Salpukas, Agis (January 19, 1992). "USAir Discovers There is Life After a Messy Merger". The New York Times. Dicapai pada May 27, 2010.
  24. ↑ Hamilton, Marcha M. (May 12, 1988). "USAir Plans Move to Crystal City". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada January 31, 2012. Dicapai pada October 22, 2015.
  25. ↑ Morrow, David J. (July 31, 1996). "USAir Sues British Airways Over Pact With American". The New York Times. Dicapai pada May 27, 2010.
  26. ↑ "USAir to Become US Airways" (Siaran akhbar). USAir. November 12, 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada January 28, 1997. Dicapai pada April 29, 2010.
  27. ↑ Piorko, Janet (June 17, 1998). "Business Travel; U S Airways' low-fare Metro Jet service is an effort to beat Southwest Airlines at its own game". The New York Times. Dicapai pada May 27, 2010.
  28. ↑ "US Airways Turns to Airbus in Ordering Long Haul Planes". The New York Times. July 3, 1998. Dicapai pada May 27, 2010.
  29. ↑ Oppel, Richard A. Jr. (August 3, 1999). "Hedge Fund May Seek Sale of US Airways". The New York Times. Dicapai pada May 27, 2010.
  30. ↑ Norris, Floyd (May 24, 2000). "Stalwart Investors in US Airways Stand to Gain Vindication". The New York Times. Dicapai pada May 27, 2010.
  31. ↑ Gilpin, Kenneth N. (July 28, 2001). "Antitrust Challenge Stops United Merger with US Airways". The New York Times. Dicapai pada May 27, 2010.
  32. ↑ "Congratulations, US Airways. Now What?, Scorecard 7", Unisys Diarkibkan Mei 28, 2006, di Wayback Machine
  33. ↑ "US Airways files for bankruptcy....Second time in two years". NBC News. Associated Press. September 13, 2004. Dicapai pada October 22, 2015.
  34. ↑ "PROSPECTUS US AIRWAYS GROUP, INC". U.S. Securities and Exchange Commission. September 20, 2005. m/s. A-2–4, B-2–18. Dicapai pada October 22, 2015.
  35. ↑ Gilbertson, Dawn (January 4, 2006). "US Airways starts push to ditch America West name". USA Today. Dicapai pada October 22, 2015.
  36. ↑ Alexander, Keith L. (May 20, 2005). "US Airways merges with America West". The Washington Post.
  37. ↑ Walsh, Mary Williams (January 30, 2003). "US Airways Seeks Reworking of Pilots' Pension Plan". The New York Times. Dicapai pada October 22, 2015.
  38. ↑ "Dismantling Pittsburgh: Death of an airline hub". USA Today. October 12, 2007. Dicapai pada September 5, 2010.[pautan mati]
  39. ↑ "About US Airways". .usairways.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2009. Dicapai pada September 5, 2010.
  40. ↑ "Daily NonStop Flights (pdf)". Pitairport.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 2, 2011. Dicapai pada September 5, 2010.
  41. ↑ "US Airways Announces Fort Lauderdale Hollywood as Caribbean and Latin America Gateway; GoFares Are a Hallmark of the Airline's Newest Focus City" (Siaran akhbar). Thefreelibrary.com. August 23, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2015. Dicapai pada October 22, 2015.
  42. ↑ "US Airways Joins Star Alliance". The New York Times. June 2, 2003. Dicapai pada October 22, 2015.
  43. ↑ White, Jerry (December 28, 2004). "US Airways workers stage Christmas job action". Laman Web Sosialis Dunia. Dicapai pada October 22, 2015.
  44. ↑ "AMENDMENT NO. 2 TO FORM S-1". Securities and Exchange Commission. September 20, 2005. Dicapai pada October 22, 2015.
  45. ↑ "Airbus A350 XWB Aircraft Airliner History Pictures and Facts". Aviation Explorer. Dicapai pada September 5, 2010.
  46. ↑ "US Airways takes Delivery of E190 Aircraft". Flight Wisdom. December 31, 2006. Dicapai pada October 22, 2015.
  47. ↑ Gilbertson, Dawn (February 1, 2007). "US Airways' hopes dashed". The Arizona Republic. Diarkibkan daripada yang asal pada March 23, 2007. Dicapai pada February 6, 2007.
  48. ↑ Gilbertson, Dawn (April 15, 2007). "Glitches cloud US Airways' outlook". The Arizona Republic. Diarkibkan daripada yang asal pada April 20, 2007. Dicapai pada December 15, 2023.
  49. ↑ "Best airlines for today's busy skies". Consumer Reports. July 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2007. Dicapai pada September 30, 2007.
  50. ↑ "Zagat Survey 2007 Guide to U.S. Airlines" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada December 4, 2010. Dicapai pada September 5, 2010.
  51. ↑ Waller, Nikki (August 1, 2008). "Starting Today, No More Free Water on US Air". The Wall Street Journal.
  52. ↑ Mutzabaugh, Ben (October 4, 2007). "US Airways tops for complaints". USA Today. Dicapai pada February 19, 2013. US Airways scored the lowest with 4.4 complaints per 100,000 customers. That was double its rate from a year ago
  53. ↑ Alexander, Keith (August 1, 2006). "US Airways To Tackle Complaints". The Washington Post. Dicapai pada January 20, 2008. The correspondence, mostly complaints, is piling up at the airline's Tempe, Ariz., headquarters... Only about 50 percent of customer service phone calls are now getting answered
  54. ↑ Vellucci, Justin (September 15, 2007). "US Airways' Pittsburgh market share under 40 percent". Pittsburgh Tribune-Review. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 26, 2009. Dicapai pada September 5, 2010.
  55. ↑ "US Airways cutting Pittsburgh service". Pittsburgh Business Times. October 3, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada October 18, 2007. Dicapai pada November 8, 2007.
  56. ↑ Gibbons, Christia (August 21, 2007). "US Airways pilots at odds over contract". The Arizona Republic. m/s. 29. Dicapai pada October 22, 2015.
  57. ↑ Reed, Ted. "US Airways Pilots to Seek New Union". TheStreet.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 18, 2007. Dicapai pada Oktober 21, 2007.
  58. ↑ Das, Jui Chakravorty (April 25, 2008). "American Airlines in talks with Continental, US Air". Wayback. Reuters.
  59. ↑ "United & US Airways Merger Talks Underway, Continental Totally Jealous?". Peter Greenberg.com. April 9, 2010. Dicapai pada October 22, 2011.
  60. ↑ Carpenter, Dave (May 30, 2008). "US Airways-United Merger is 'off at this time'". USA Today. Dicapai pada October 14, 2012.
  61. ↑ "Customer Satisfaction Hits The Rock Bottom US Airways at the bottom of airline customer satisfaction survey". American City Business Journals. Global Travel Industry News. May 20, 2008. Dicapai pada October 22, 2015.
  62. ↑ "NTSB Confirms Birds In Engines Of Flight 1549". The Star-Ledger. Newark. Associated Press. February 4, 2009. Dicapai pada October 22, 2015.
  63. ↑ Pilkington, Ed (January 15, 2009). "Miracle on the Hudson: 155 survive crash as jet hits river in New York". The Guardian. London. Dicapai pada October 22, 2015.
  64. ↑ Maxon, Terry (July 27, 2009). "S&P puts US Airways on credit watch". The Dallas Morning News. Diarkibkan daripada yang asal pada February 23, 2012. Dicapai pada October 22, 2015.
  65. ↑ Gilbertson, Dawn (August 2, 2009). "S&P: Southwest remains on credit watch". The Arizona Republic. Dicapai pada August 8, 2011.
  66. ↑ "Delta Reinforces New York Commitment with Plan for Domestic Hub at LaGuardia Airport" (Siaran akhbar). Delta Air Lines. August 12, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada March 4, 2016. Dicapai pada October 22, 2015.
  67. ↑ "United and US Airways Said to be in Merger Talks". The New York Times. April 7, 2010. Dicapai pada April 7, 2010.
  68. ↑ Reed, Dan (April 22, 2010). "Irked US Airways ends merger talks with United". USA Today. Dicapai pada May 27, 2010.
  69. ↑ Smith, Aaron (May 3, 2010). "United and Continental to merge". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada May 5, 2010. Dicapai pada October 22, 2015.
  70. ↑ "US Airways Soars to Top of Annual Airline Quality Rating". Business Wire. April 4, 2011. Dicapai pada August 8, 2011.
  71. ↑ Reed, Ted (June 1, 2010). "Merger Probability Is High". TheStreet.com. Dicapai pada July 9, 2011.
  72. ↑ Reed, Ted (May 22, 2011). "US Airways: Merger Still Looms". TheStreet.com. Dicapai pada July 9, 2011.
  73. ↑ Neighbor, Megan (May 11, 2011). "US Airways workers rewarded for baggage handling". The Arizona Republic. Dicapai pada August 8, 2011.
  74. ↑ "Consumer Reports rates airlines and JetBlue and Widwest topped surveys". Chatham Journal. Pittsboro, North Carolina. June 21, 2007. Dicapai pada October 22, 2015.
  75. ↑ Loyd, Linda (May 10, 2011). "US Airways scores lowest in consumer survey". The Philadelphia Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2015. Dicapai pada October 22, 2015.
  76. ↑ Lubin, Gus; Giang, Vivian (June 29, 2011). "The 19 Most Hated Companies In America". Business Insider. Dicapai pada October 22, 2015.
  77. ↑ Joyce, Matt (January 26, 2012). "US Airways CEO confirms interest in American Airlines". Charlotte Business Journal. Dicapai pada March 24, 2012.
  78. ↑ "American Airlines open to merger, CEO hints". Charlotte Business Journal. March 19, 2012. Dicapai pada March 24, 2012.
  79. ↑ Schlangenstein, Mary; McCracken, Jeffrey (March 23, 2012). "US Airways Said to Brief AMR Creditors on Takeover Plan". Bloomberg L.P. Dicapai pada March 25, 2012.
  80. ↑ "American Airlines Closer To Merger With US Airways". KOTV News. December 7, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada February 2, 2013. Dicapai pada December 12, 2012.
  81. ↑ Perez, Evan (August 13, 2013). "US government seeks to block American-US Airways merger". CNN.
  82. ↑ Mouawad, Jad; Drew, Christopher (November 12, 2013). "Justice Dept. Clears Merger of 2 Airlines". The New York Times.
  83. ↑ "AMR Corp and US Airways Group Come Together" (Siaran akhbar). American Airlines. December 9, 2013.
  84. ↑ Gilbertson, Dawn (April 10, 2015). "'Cactus' call sign fades into US Airways history". The Arizona Republic.
  85. ↑ Bookbinder, Adam (October 16, 2015). "US Airways Comes To An End". KRTH News. Diarkibkan daripada yang asal pada October 18, 2015. Dicapai pada October 18, 2015.
  86. ↑ "US Airways name flies into the sunset on Oct. 17". Dallas News. 2015-07-11. Dicapai pada 2020-07-29.
  87. ↑ "US Airways' final flight closes curtain on another major airline". USA Today. October 16, 2015. Dicapai pada October 22, 2015.
  88. ↑ Patterson, Thom (October 17, 2015). "US Airways' last flight evokes 'golden age'". CNN. Dicapai pada October 22, 2015.
  89. 1 2 "Phoenix mostly shrugs at prospect of Delta merger". The Atlanta Journal-Constitution. November 19, 2006. m/s. A1. Dicapai pada October 22, 2015. More than 700 people work at US Airways' nine-story headquarters.
  90. ↑ "Carey Diversified Finances America West Headquarters; $25 Million Non-Recourse Mortgage Secured by Recently Completed Facility" (Siaran akhbar). Highbeam.com. July 27, 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2015. Dicapai pada October 22, 2015.
  91. ↑ Berry, Jahna (June 2, 2005). "Tempe breathes a sigh on AmWest merger plan". Arizona Business Gazette. Dicapai pada October 22, 2015.
  92. 1 2 Hansen, Kristena (June 17, 2013). "US Airways headquarters building sold in Tempe for $42 million". Phoenix Business Journal. Dicapai pada October 22, 2015.
  93. ↑ "United-America West Deal Has Implications Across The West". Lodi News-Sentinel. Associated Press. January 22, 1999. m/s. Business 13. Dicapai pada October 22, 2015.
  94. ↑ "America West Completes Financing of New Corporate Headquarters". PR Newswire. February 23, 1998. Dicapai pada October 22, 2015.
  95. ↑ Ringle, Hayley (December 9, 2013). "Workers at former US Airways HQ in Tempe celebrate new American Airlines". Phoenix Business Journal. Dicapai pada October 22, 2015.
  96. ↑ "Fast Facts". Diarkibkan daripada yang asal pada January 28, 1997. Dicapai pada May 30, 2017. USAir. January 28, 1997. Retrieved on April 29, 2010.
  97. ↑ "US Airways: Bye-bye, Crystal City?". Washington Business Journal. May 20, 2005. Dicapai pada October 22, 2015.
  98. ↑ Berry, Jahna (June 2, 2005). "Tempe breathes a sigh on AmWest merger plan". Arizona Business Gazette. Dicapai pada October 22, 2015.
  99. ↑ Grantham, Russell (January 7, 2007). "US Airways vows fight for hostile Delta". The Atlanta Journal-Constitution. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2012. In the case of US Airways-America West, it was a good bit easier because their headquarters in Crystal City, Virginia, consisted of like two or three floors of people. ... That's not the case in Atlanta. It's a much harder decision to make.
  100. ↑ Gallagher, Jim (August 4, 1989). "USAir, Piedmont merger takes off tomorrow". Pittsburgh Post-Gazette. m/s. 1.
  101. ↑ Fitzpatrick, Dan; Belko, Mark (June 10, 2004). "US Airways shifts 130 training jobs to N.C." Pittsburgh Post-Gazette.
  102. ↑ "US Airways closing operations center at Pittsburgh International". Elwood City Ledger. January 25, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada January 30, 2014. Dicapai pada January 27, 2014.
  103. ↑ "US Airways operations center in Moon to close in late August". Pittsburgh Post-Gazette. July 29, 2015.
  104. ↑ Mouawad, Jad (December 23, 2011). "On Jet Exteriors, a Parade of Vanilla". The New York Times. Dicapai pada December 25, 2011.
  105. ↑ "First US Airways Aircraft Takes to the Skies in American Airlines Livery" (Siaran akhbar). American Airlines. Dicapai pada October 22, 2015.
  106. ↑ "US Airways CEO: We'll get through the turmoil". The Philadelphia Inquirer. July 20, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada July 15, 2011. Dicapai pada August 8, 2011.
  107. ↑ "US Airways to drop CLT flight to Rio de Janeiro". Charlotte Business Journal. February 4, 2014. Dicapai pada February 28, 2014.
  108. ↑ "American to discontinue flight from Charlotte to Sao Paulo". The Charlotte Observer. July 31, 2014. Dicapai pada July 31, 2014.
  109. ↑ Mutzabaugh, Ben (November 21, 2012). "US Airways wins rights for Charlotte-Heathrow route". USA Today. Dicapai pada November 26, 2012.
  110. ↑ "US Airways starts Charlotte-London Heathrow flights". Star-News. Wilmington, North Carolina. December 17, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada September 6, 2015. Dicapai pada October 22, 2015.
  111. ↑ "US Airways Codeshare partners". US Airways. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2011. Dicapai pada August 8, 2011.
  112. ↑ "US Airways / airberlin Plans Codeshare Service from May 2014". RoutesOnline.com. April 23, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada January 5, 2016. Dicapai pada October 22, 2015.
  113. ↑ Thomaselli, Rich (January 13, 2014). "American Airlines and US Airways Begin Codeshare Agreement". TravelPulse.
  114. ↑ "Docket OST-2004-19934-25 | Response of Big Sky Transportation Co., doing business as Big Sky Airlines to 2006-6-19 Order Requesting Proposals for Essential Air Service at Pendleton, Oregon" (PDF). Department of Transportation. December 26, 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 6, 2024. Dicapai pada October 6, 2024.
  115. ↑ Polek, Gregory (April 2, 2008). "Big Sky leaves Montana high & dry". Aviation International News. Diarkibkan daripada yang asal pada October 11, 2023. Dicapai pada October 6, 2024.
  116. ↑ "US Airways joins transatlantic JV; adds British Airways codeshare". Air Transport World. May 7, 2014. Dicapai pada May 7, 2014.
  117. ↑ "Continental Ends Ticket Alliance With America West". The New York Times. March 28, 2002.
  118. ↑ "Airline Routes". Air Transport World. August 1, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2014.
  119. ↑ "Customers To Have More Access To Spain And Portugal Through US Airways' Codeshare Agreement With Atlantic Joint Business Partner Iberia" (Siaran akhbar). American Airlines. June 11, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada September 13, 2016. Dicapai pada June 12, 2014.
  120. ↑ "7,000th Airbus aircraft delivered – an A321 to US Airways" (Siaran akhbar). Airbus SAS. December 12, 2011. Dicapai pada April 16, 2014.
  121. ↑ "US Airways Fleet information". Airreview.com. Dicapai pada January 18, 2010.
  122. ↑ "US Airways IFE information". Airreview.com. Dicapai pada January 18, 2010.
  123. ↑ "Food and beverages". Main Cabin. US Airways. Diarkibkan daripada yang asal pada October 11, 2008. Dicapai pada October 11, 2008.
  124. ↑ "US Airways, American to combine frequent flyer programs in 2015". The Charlotte Observer. October 28, 2014. Dicapai pada October 28, 2014.
  125. ↑ "AA, US loyalty programs to merge 'within 30 days'". USA Today. March 13, 2015. Dicapai pada March 15, 2015.
  126. ↑ Gilbertson, Dawn (March 24, 2015). "American to absorb US Airways' frequent flier accounts on Saturday". USA Today. Dicapai pada March 24, 2015.
  127. ↑ "US Airways - Contact AAdvantage". usairways.com. Dicapai pada April 3, 2015.
  128. ↑ "Airline Partners". US Airways. Dicapai pada April 21, 2014.
  129. ↑ "US Airways - US Airways Club". usairways.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2013. Dicapai pada April 3, 2015.
  130. ↑ Miller, Seth (January 7, 2014). "AA and US Airways Merge Loyalty Programs, Lounge Access, More". Fodor's. Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2015. Dicapai pada October 22, 2015.
  131. ↑ "NTSB Aviation Accident Final Report DCA86AA018". National Transportation Safety Board. Dicapai pada July 1, 2020.
  132. ↑ "NTSB Identification: DCA89MA074". Ntsb.gov. September 20, 1989. Diarkibkan daripada yang asal pada June 21, 2009. Dicapai pada September 5, 2010.
  133. ↑ "NTSB Identification: DCA91MA018A". Ntsb.gov. February 1, 1991. Diarkibkan daripada yang asal pada June 21, 2009. Dicapai pada September 5, 2010.
  134. ↑ "NTSB Identification: DCA92MA025". Ntsb.gov. March 22, 1992. Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2009. Dicapai pada September 5, 2010.
  135. ↑ "NTSB Identification: DCA94MA065". Ntsb.gov. July 2, 1994. Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2009. Dicapai pada September 5, 2010.
  136. ↑ "NTSB Identification: DCA94MA076" (PDF). Ntsb.gov. September 8, 1994. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 10, 2011. Dicapai pada October 5, 2011.
  137. ↑ Penerangan Kemalangan di Rangkaian Keselamatan Penerbangan

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Jones G., US Airways, Ian Allan Ltd., Shepperton, 1999

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]