Pergi ke kandungan

Burung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung
Julat zaman:
Zmn Bt Kapur Akhir – kini, 72–0 Ma[1][2]
Asal Zmn Bt Kapur Awal atau awal Zmn Bt Kapur Akhir munasabah berdasarkan jam molekular[3][4]
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Klad: Ornithurae
Kelas: Aves
Linnaeus, 1758[5]
Subkelas & order

Burung (Jawi: ‏بوروڠ‎‎) merupakan haiwan vertebrata bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur; pelbagai spesiesnya dalam kelas Aves yang besar dan terdapat di serata dunia dari kawasan gurun sehinggalah di Kutub Utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 11,000 spesies burung yang dikenal pasti dan dibahagikan kepada 44 order.[6] Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung jenis teropod dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, semasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

Banyak burung mampu terbang kecuali beberapa spesies seperti burung unta, emu, kiwi dan penguin. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung boleh mengeluarkan telur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadangkala kedua-dua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan yang akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri utama burung adalah seperti berikut :-

  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.

Burung hidup dan berkembang biak di sebahagian besar habitat darat dan pada tujuh benua sehingga membentuk koloni di kawasan ekstrem mereka seperti di pedalaman Antartika.[7] Taburan biokepelbagaian tertinggi burung adalah di wilayah tropika. Keadaan ini juga sudah diduga sebelumnya bahawa kepelbagaian burung paling ketara adalah hasil daripada penspesiesan di daerah tropika; walau bagaimanapun, kajian baharu menemukan penspesiesan tahap tertinggi di kawasan latitud tinggi yang diimbangi dengan darjat kepupusan lebih besar daripada kawasan tropika.[8] Beberapa famili burung telah beradaptasi dalam menjalani hidup di lautan dunia, dengan beberapa spesies burung laut datang ke darat hanya demi tujuan pembiakan[9] dan beberapa penguin telah tercatat menyelam sedalah 300 meter (980 ka).[10]

Banyak spesies burung yang telah membentuk populasi di wilayah kerana dibawa atau diperkenalkan oleh manusia ke kawasan-kawasan baharu. Beberapa kes memang disengajakan seperti Phasianus colchicus yang diperkenalkan dan dibiak sebagai burung buruan.[11] Selain itu, ada beberapa kes yang berlaku secara tak sengaja seperti pembentukan populasi Myiopsitta monachus liar di beberapa bandar Amerika Utara setelah melepaskan diri daripada kurungan.[12] Beberapa spesies, termasuk burung bangau kendi,[13] Milvago chimachima[14] dan burung galah,[15] telah membiak meluas merentasi kawasan habitat asal berikutan amalan-amalan pertanian yang membentuk habitat baharu yang sesuai.

Kelas burung

[sunting | sunting sumber]

Kelas burung (Aves) terbahagi kepada beberapa order seperti berikut :-

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Field, Daniel J.; Benito, Juan; Chen, Albert; Jagt, John W. M.; Ksepka, Daniel T. (Mac 2020). "Late Cretaceous neornithine from Europe illuminates the origins of crown birds". Nature. 579 (7799): 397–401. Bibcode:2020Natur.579..397F. doi:10.1038/s41586-020-2096-0. ISSN 0028-0836. PMID 32188952. S2CID 212937591.
  2. ↑ De Pietri, Vanesa L.; Scofield, R. Paul; Zelenkov, Nikita; Boles, Walter E.; Worthy, Trevor H. (Februari 2016). "The unexpected survival of an ancient lineage of anseriform birds into the Neogene of Australia: the youngest record of Presbyornithidae". Royal Society Open Science. 3 (2): 150635. Bibcode:2016RSOS....350635D. doi:10.1098/rsos.150635. PMC 4785986. PMID 26998335.{{cite journal}}: CS1 maint: article number as page number (link)
  3. ↑ Yonezawa, T, dll. (2017). "Phylogenomics and Morphology of Extinct Paleognaths Reveal the Origin and Evolution of the Ratites". Current Biology. 27 (1): 68–77. doi:10.1016/j.cub.2016.10.029. PMID 27989673.
  4. ↑ Kuhl, H; Frankl-Vilches, C; Bakker, A; Mayr, G; Nikolaus, G; Boerno, S T; Klages, S; Timmermann, B; Gahr, M (2020). "An unbiased molecular approach using 3'UTRs resolves the avian family-level tree of life". Molecular Biology and Evolution. 38 (1): 108–127. doi:10.1093/molbev/msaa191. hdl:21.11116/0000-0007-B72A-C. PMC 7783168. PMID 32781465.
  5. ↑ Brands, Sheila (14 Ogos 2008). "Systema Naturae 2000 / Classification, Class Aves". Project: The Taxonomicon. Dicapai pada 4 Februari 2009.
  6. ↑ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2025). "IOC World Bird List – Version 14.2". Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 14 Disember 2025.
  7. ↑ Brooke, Michael (2004). Albatrosses And Petrels Across The World. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-850125-0.
  8. ↑ Weir, Jason T.; Schluter, D (2007). "The Latitudinal Gradient in Recent Speciation and Extinction Rates of Birds and Mammals". Science. 315 (5818): 1574–76. doi:10.1126/science.1135590. ISSN 0036-8075. PMID 17363673. {{cite journal}}: Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  9. ↑ Schreiber, Elizabeth Anne (2001). Biology of Marine Birds. Boca Raton: CRC Press. ISBN 0-8493-9882-7. {{cite book}}: Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ↑ Sato, Katsufumi; N; K; N; W; C; B; H; L (1 May 2002). "Buoyancy and maximal diving depth in penguins: do they control inhaling air volume?". Journal of Experimental Biology. 205 (9): 1189–1197. ISSN 0022-0949. PMID 11948196.
  11. ↑ Hill, David (1988). The Pheasant: Ecology, Management, and Conservation. Oxford: BSP Professional. ISBN 0-632-02011-3. {{cite book}}: Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  12. ↑ Spreyer, Mark F. (1998). "Monk Parakeet (Myiopsitta monachus)". The Birds of North America. Cornell Lab of Ornithology. doi:10.2173/bna.322. {{cite web}}: Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  13. ↑ Arendt, Wayne J. (1 January 1988). "Range Expansion of the Cattle Egret, (Bubulcus ibis) in the Greater Caribbean Basin". Colonial Waterbirds. 11 (2): 252–62. doi:10.2307/1521007. ISSN 0738-6028. JSTOR 1521007.
  14. ↑ Bierregaard, R.O. (1994). "Yellow-headed Caracara". Dalam Josep del Hoyo, Andrew Elliott and Jordi Sargatal (eds.) (penyunting). Handbook of the Birds of the World. Volume 2; New World Vultures to Guineafowl. Barcelona: Lynx Edicions. ISBN 84-87334-15-6. {{cite book}}: |editor= has generic name (bantuan)
  15. ↑ Juniper, Tony (1998). Parrots: A Guide to the Parrots of the World. London: Christopher Helm. ISBN 0-7136-6933-0. {{cite book}}: Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]