AirBorneo menawarkan tambang promosi serendah RM375 sehala bagi laluan Kuching ke Kuala Lumpur menerusi kempen Sarawakku Sayang Fare sekali gus memberi lebih pilihan perjalanan mampu milik kepada penumpang. Foto AirBorneo

AirBorneo tawar tambang RM375 sehala Kuching-KL, jualan bermula esok

ByMuqri Aziz

KUCHING, 6 Julai: AirBorneo menawarkan tambang promosi serendah RM375 sehala bagi laluan Kuching ke Kuala Lumpur menerusi kempen Sarawakku Sayang Fare sekali gus memberi lebih pilihan perjalanan mampu milik kepada penumpang.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, syarikat penerbangan milik Sarawak itu memaklumkan tambang berkenaan ditawarkan bagi kelas Ekonomi dengan pakej All-In One-Way Fare.

Bagi penumpang yang mengutamakan keselesaan ketika perjalanan, AirBorneo turut menawarkan tambang kelas perniagaan bermula RM736 sehala menerusi pakej All-In One-Way Business Class Fare.

AirBorneo memaklumkan tempahan bagi tambang promosi ini akan dibuka bermula esok dengan tempoh perjalanan yang layak adalah bagi penerbangan 20 Julai 2026 hingga 27 Mac 2027.

AirBorneo dijangka lancar laluan Kuala Lumpur 20 Julai, Singapura 27 Julai

AirBorneo dijangka lancar laluan Kuala Lumpur 20 Julai, Singapura 27 Julai

Sebelum ini, TVS melaporkan AirBorneo dijangka memulakan operasi penerbangan sulung ke Kuala Lumpur dengan kekerapan dua kali sehari bermula 20 Julai ini dengan menggunakan pesawat Boeing 737-800 berdasarkan jadual penerbangan yang difailkan dalam pangkalan data Official Airline Guide (OAG).

Penerbangan MY5003 akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 7.10 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 pagi manakala penerbangan MY5005 dijadual berlepas pada 1 tengah hari dan tiba pada 2.50 petang.

Bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching pula, MY5002 dijadual berlepas pada 9.45 pagi dan tiba pada 11.35 pagi manakala MY5004 berlepas pada 3.35 petang sebelum tiba di Kuching pada 5.25 petang.

Orang ramai boleh membuat tempahan menerusi laman sesawang rasmi AirBorneo atau aplikasi mudah alih AirBorneo yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store.-TVS

Tags: AirBorneo

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream HD live now on the TVS INSPIRE app.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan