Pergi ke kandungan

Wikipedia:Penganjur acara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Wikipedia:Penganjur Acara)

Penganjur Acara ialah pengguna Wikipedia Bahasa Melayu dengan kebolehan teknikal untuk menyelaras dan mengurus acara pada Wikipedia Bahasa Melayu. Alatan pertama yang tersedia untuk pengguna dengan hak penganjur acara ialah Pendaftaran Acara melalui sambungan CampaignEvents. Penganjur acara yang menggunakan Pendaftaran Acara mempunyai kebolehan berikut:

  • Mencipta laman acara di ruang nama Event
  • Menambah pengguna (yang mempunyai hak penganjur acara) sebagai penganjur bersama sesebuah acara
  • Membolehkan pendaftaran pada laman acara yang mereka cipta
  • Mengumpul maklumat doemografi peserta, jika mereka bersetuju kepada persetujuan berketik
    • Peserta boleh menjawab soalan pilihan semasa mendaftar: Jantina, umur, bidang kerja, tahap keselesaan dalam menyumbang ke projek Wikimedia, dan jika mereka ialah sebahagian daripada sebarang gabungan Wikimedia
  • Menyunting maklumat pendaftaran acara
  • Melumpuhkan pendaftaran acara pada laman acara
  • Melihat siapa yang mendaftar bagi acara dan bila mereka mendaftar
  • Membuang peserta daripada senarai peserta
  • Menghantar e-mel kepada peserta berdaftar
  • Menjana senarai undangan, jika ciri Senarai Undangan telah boleh

Sehingga kini, seramai 9 penganjur acara di Wikipedia Bahasa Melayu.

Keperluan menjadi penganjur acara

[sunting sumber]

Berikut ialah keperluan yang disarankan bagi pengguna yang akan diberikan hak penganjur acara. Ciri-ciri berikut tersedia sebagai panduan dan mungkin akan berubah mengikut persetujuan komuniti atau konsensus:

  • Wajib bagi semua pemohon:
    • Tiada sekatan aktif dikenakan di Wikipedia Bahasa Melayu
  • Selain itu, anda mesti menepati sekurang-kurangnya satu daripada syarat berikut:
    • Minimum 300 suntingan sejagat
    • Anda ialah kakitangan Yayasan Wikimedia, atau Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia, atau Wikimedia Indonesia, atau Kumpulan Pengguna Wikimediawan Singapura.
    • Anda menerima geran Wikimedia untuk sebuah acara

Permohonan sebagai penganjur acara

[sunting sumber]

Untuk memohon hak penganjur acara, sila ke laman permohonan Penganjur Acara. Ini merupakan laman pemusatan bagi permohonan penganjur acara, bagi memastikan kebolehnampakan dan membenarkan kelulusan daripada penyelia komuniti.

Senarai acara

[sunting sumber]

Berikut ialah senarai acara yang akan berlangsung dalam projek-projek Wikimedia Bahasa Melayu.

Acara berlangsung Acara berlangsung: Acara yang bermula sebelum tetapi berterusan dalam tarikh yang dipilih

September 2026

  • 1
    1 September 2026 – 31 Disember 2026
    Pilihan penyertaanAcara dalam talian
    Jenis acaraAcara menyunting
    WikiArabic Wikiquote, Assamese Wikiquote, Central Bikol Wikiquote dan 19 lagi
    TopikAfrika, Asia, Biografi (wanita), Eropah
    PenganjurAfek91, Anthere dan 1 lagi

Acara akan datang Acara akan datang: Acara yang bermula dalam tarikh yang dipilih

Terokai lebih banyak acara dan komuniti