| WhatsApp Messenger | |
|---|---|
Tangkap layar | |
| Pembuat asal | Brian Acton, Jan Koum |
| Pembangun | Meta Platforms[1][2] |
| Pelancaran pertama | 3 Mei 2009 |
| Versi terkini/stabil | |
| Ditulis dalam | Erlang[3] |
| Sistem pengendalian | Android, iOS, iPadOS, macOS, Windows, Wear OS, Meta Quest, watchOS |
| Pelantar | iOS, Android, Microsoft Windows |
| Saiz | 183.7 MB (iOS)[4] 48.02 MB (Android)[5] |
| Tersedia dalam | 40 (iOS) and 60 (Android)[6] bahasa |
| Jenis | Perkhidmatan dalam talian, pelanggan pemesejan segera, aplikasi mudah alih, projek |
| Genre | Media sosial, pemesejan segera, VoIP |
| Lesen | Perisian hak milik dengan perjanjian lesen pengguna akhir (EULA) "Rantau Eropah"[7] "lain-lain"[8] |
| Format fail boleh ditulis | |
| Format fail boleh dibaca | |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | whatsapp |
| Blog | |
| Repositori | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
WhatsApp merupakan sebuah perkhidmatan media sosial, pemesejan segera (IM), dan Suara melalui Protokol Internet (VoIP) yang boleh diakses melalui atas meja dan aplikasi mudah alih.[9][10] Dimiliki oleh Meta Platforms, perkhidmatan ini membenarkan pengguna menghantar pesanan teks, pesanan suara, dan pesanan video,[11] membuat panggilan suara dan panggilan video, serta berkongsi imej, dokumen, lokasi pengguna, dan kandungan lain.[12][13] Perkhidmatan ini memerlukan nombor telefon bimbit berangkaian selular untuk mendaftar.[14] WhatsApp dilancarkan pada Mei 2009.[15][16] Pada Januari 2018, WhatsApp melancarkan aplikasi perniagaan kendiri yang dikenali sebagai WhatsApp Business yang boleh berkomunikasi dengan pelanggan WhatsApp standard.[17][18] Setakat bulan Mei tahun 2025, perkhidmatan tersebut mempunyai 3 bilion pengguna aktif bulanan,[19] menjadikannya aplikasi pemesejan yang terkenal di dunia.[20] Nama aplikasi tersebut adalah berdasarkan frasa bahasa Inggeris iaitu what's up (yang bermaksud "apa khabar" dalam bahasa Melayu).
Perkhidmatan tersebut dicipta oleh WhatsApp Inc. di Mountain View, California, yang kemudiannya diambil alih oleh Facebook pada Februari 2014 dengan nilai sekitar US$19.3 bilion.[21][22] WhatsApp telah menjadi aplikasi pemesejan yang terkenal di dunia sejak tahun 2015, yang pada ketika itu mempunyai 900 juta pengguna,[10][23] dan pada Februari 2020 telah mencecah lebih daripada 2 bilion pengguna aktif di serata dunia.[24] WhatsApp Business mempunyai kira-kira 200 juta pengguna bulanan pada tahun 2023.[25] Menjelang tahun 2016, ia telah menjadi kaedah utama untuk komunikasi Internet di rantau yang termasuklah benua Amerika, subbenua India, dan sebahagian besar rantau Eropah serta benua Afrika[10]
Rujukan
- ↑ Horwitz, Jeff (Februari 12, 2020). "As WhatsApp Tops 2 Billion Users, Its Boss Vows to Defend Encryption". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 17, 2020. Dicapai pada April 2, 2020.
- ↑ Cathcart, Will (Oktober 29, 2019). "Why WhatsApp is pushing back on NSO Group hacking". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 30, 2019. Dicapai pada Oktober 30, 2019.
- ↑ O'Connell, Ainsley (Februari 21, 2014). "Inside Erlang, The Rare Programming Language Behind WhatsApp's Success". Fast Company. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 2, 2018. Dicapai pada Disember 20, 2017.
- ↑ "WhatsApp Messenger". App Store. Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2021. Dicapai pada Jun 9, 2021.
- ↑ "WhatsApp Messenger APKs". APKMirror. Dicapai pada April 14, 2024.
- ↑ "WhatsApp Help Center – How to change WhatsApp's language". whatsapp.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 3, 2022. Dicapai pada Mac 26, 2021.
- ↑ "WhatsApp". whatsapp.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 22, 2023. Dicapai pada Jun 23, 2022.
- ↑ "WhatsApp Business Terms of Service". whatsapp.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 5, 2023. Dicapai pada Jun 23, 2022.
- ↑ Patkar, Mihir (Februari 20, 2018). "WhatsApp Desktop Client for Windows & Mac Is Only Second Best". MakeUseOf. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 27, 2019.
- 1 2 3 Metz, Cade (April 5, 2016). "Forget Apple vs. the FBI: WhatsApp Just Switched on Encryption for a Billion People". Wired. ISSN 1059-1028. Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2017. Dicapai pada Mei 13, 2016.
- ↑ "Features". whatsapp.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 28, 2019. Dicapai pada Mei 31, 2019.
- ↑ "Voice calling", NDTV Gadgets 360, Mac 12, 2015, diarkibkan daripada yang asal pada Mac 17, 2015, dicapai pada Mac 16, 2015
- ↑ Olson, Parmy (April 7, 2015). "Facebook's Phone Company: WhatsApp Goes To The Next Level With Its Voice Calling Service". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada April 7, 2015. Dicapai pada April 18, 2015.
- ↑ "WhatsApp FAQ – Using one WhatsApp account on multiple phones, or with multiple phone numbers". whatsapp.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 10, 2018. Dicapai pada Mei 9, 2018.
- ↑ Rowan, David (Februari 19, 2014). "WhatsApp: The inside story". Wired. ISSN 1059-1028. Dicapai pada November 3, 2025.
- ↑ Miller, Hannah L. (Ogos 31, 2020). "Jan Koum: The Inspirational Story of the Founder of WhatsApp". Leaders.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 25, 2025. Dicapai pada November 3, 2025.
- ↑ "There's a new version of WhatsApp". The Independent. Januari 19, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 5, 2019. Dicapai pada Jun 18, 2019.
- ↑ Armstrong, Paul. "How To Know If Your Business Should Use The New WhatsApp Business App". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada April 8, 2019. Dicapai pada Jun 18, 2019.
- ↑ Mehta, Ivan (Mei 1, 2025). "WhatsApp now has more than 3 billion users a month". TechCrunch. Dicapai pada Jun 30, 2026.
- ↑ Snelling, Dave (Jun 8, 2024). "Urgent alert issued to millions of UK WhatsApp users -8 red flags you must not ignore - If you are addicted to WhatsApp then you'd be wise to know 8 signs that your chat app is under attack". Daily Mirror.
WhatsApp remains the most popular chat app on the planet
- ↑ Albergotti, Reed; MacMillan, Douglas; Rusli, Evelyn M. (Februari 20, 2014). "Facebook to Pay $19 Billion for WhatsApp". The Wall Street Journal. m/s. A1, A6. ISSN 0099-9660. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 2, 2019. Dicapai pada September 20, 2019.
- ↑ "Facebook to Acquire WhatsApp" (Siaran akhbar). Februari 19, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 20, 2014. Dicapai pada Februari 19, 2014.
- ↑ Sun, Leo (September 11, 2015). "Facebook Inc.'s WhatsApp Hits 900 Million Users: What Now?". The Motley Fool. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 14, 2015. Dicapai pada Oktober 21, 2015.
- ↑ "WhatsApp Blog". whatsapp.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 14, 2020. Dicapai pada Februari 14, 2020.
- ↑ "WhatsApp denies report platform is exploring ads". Reuters. September 15, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 10, 2023. Dicapai pada April 27, 2024.
