24 Heures du Mans
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Ogos 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Ogos 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
| Kategori | Tahan lasak |
|---|---|
| Negara atau wilayah | Perancis |
| Musim sulung | 1923 |
| Pemandu | 165 |
| Pasukan | 55 |
| Juara pemandu | |
| Juara pengeluar | |
| Tapak web rasmi | www.lemans.org |
24 Jam Le Mans (bahasa Perancis: 24 Heures du Mans) merupakan satu sukan perlumbaan kereta yang tertua di dunia dalam perlumbaan tahan lasak. Perlumbaan ini diadakan pada setiap tahun bermula sejak Templat:24hLM berhampiran bandar Le Mans, Sarthe, Perancis. Perlumbaan yang biasanya dikenali sebagai Grand Prix Ketahanan ini dianjurkan oleh Kelab Automobil de l'Ouest (ACO) di atas litar yang terdiri daripada jalan-jalan awam yang ditutup bagi tujuan bukan hanya untuk menguji kepantasan kereta dan keupayaan pemandu, tetapi juga boleh bertahan dalam tempoh lebih 24 jam.
Tujuan
[sunting | sunting sumber]Perlumbaan ini dilancarkan ketika perlumbaan motor Grand Prix merupakan bentuk sukan motor yang dominan di seluruh Eropah. Litar perlumbaan Le Mans direka untuk membawa perlumbaan yang berbeza. Daripada memberi tumpuan kepada keupayaan sesebuah syarikat kereta untuk membina jentera terpantas, 24 Jam Le Mans menumpukan perhatian kepada keupayaan pengeluar kereta untuk membina kereta yang bergaya sporti, malah tahan lasak. Ini menggalakkan inovasi dalam menghasilkan kenderaan yang tahan lasak dan cekap bahan api kerana perlumbaan tahan lasak memerlukan kereta yang mampu bertahan lama serta meluangkan masa sesingkat mungkin di dalam pit.
Pada masa yang sama, kereta yang akan dipandu di atas reka bentuk litar tersebut mestilah memiliki ciri aerodinamik dan kestabilan yang lebih utuh pada kelajuan tinggi. Walaupun ciri ini turut dikongsi dengan perlumbaan Grand Prix, tidak banyak litar di Eropah yang mempunyai laluan lurus dengan kepanjangan yang setanding dengan Ligne droite des Hunaudières, yang sering kali dirujuk sebagai Mulsanne Straight bersempena dengan nama perkampungan yang ditujunya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) (Perancis) (Jepun) Le Mans official website
- (Inggeris) Radio Le Mans - Le Mans history
- (Perancis) Les24heuresduMans - History of the 24 hours of Le Mans
- (Inggeris) Racing Sports Cars - historical photos and results
- (Inggeris) 24 Hours in Le Mans - Life at a Racing Track - German TV documentation
- (Inggeris) (Perancis) lemans-history.com - The history of a Legend (Luis Santos)
- (Portugis) Le Mans Portugal - All (or almost) about the 24 Hours of Le Mans and the Le Mans Series... in Portuguese