Wikikamus

kamus dalam talian bebas

Wikikamus (Jawi: ‏ويکيقاموس‎‎, bahasa Inggeris: Wiktionary) ialah sebuah projek nekabahasa berasaskan web untuk mencipta sebuah perkamusan kandungan bebas (termasuk perkataan, frasa, peribahasa, rekonstruksi linguistik, dsb.) dalam sebilangan besar bahasa sejadi dan sebilangan bahasa buatan. Semua masukan tersebut boleh mengandungi definisi, imej untuk penggambaran, sebutan, etimologi, tasrif, contoh penggunaan, petikan, istilah berkaitan, dan penterjemahan istilah ke bahasa-bahasa lain, dalam tampilan lain. Ia disunting secara penyuntingan bersama oleh para sukarelawan melalui sebuah wiki. Namanya ialah lakuran perkataan wiki dan kamus. Ia tersedia dalam 198 bahasa dan dalam bahasa Inggeris Mudah. Sepertimana projek kembarnya Wikipedia, Wikikamus digerakkan oleh Yayasan Wikimedia. Perisian wikinya, MediaWiki, membenarkan hampir semua mempunyai capaian kepada laman web tersebut untuk mencipta dan menyunting masukan.

Wikikamus
Logo Wikikamus Bahasa Melayu, menampilkan aksara berbeza
Logo Wikikamus Bahasa Melayu
Tangkapan skrin
Laman Utama Wikikamus Bahasa Inggeris pada 4 Disember 2024
Jenis tapak
Kamus dalam talian
Tersedia dalamNekabahasa (173 aktif)[1]
PemilikYayasan Wikimedia
Dicipta oleh
URLwiktionary.org
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Dilancarkan12 Disember 2002; 23 tahun yang lalu (2002-12-12)
Status semasaAktif

Disebabkan Wikikamus tidak terhad dengan pertimbangan ruang cetak, kebanyakan edisi bahasa Wikikamus menyediakan definisi dan penterjemahan istilah daripada banyak bahasa, dan sebahagian edisi menawarkan maklumat tambahan yang biasanya ditemui tesaurus.

Data Wikikamus kerap digunakan dalam pelbagai tugasan pemprosesan bahasa tabii.

Edisi berbilang bahasa

sunting

Setakat Oktober 2026, tapak Wikikamus wujud dalam 198 bahasa dengan 173 daripada edisi bahasa tersebut adalah aktif dan 25 daripada edisi bahasa tersebut telahpun ditutup.[1] Tapak aktif mempunya sejumlah 50,443,225 laman rencana, dan laman yang telah ditutup pula mempunyai sebanyak 339 laman rencana.[2] Sebanyak 8,003,168 pengguna telah berdaftar dengan 9,829 dalam kalangan pengguna tersebut aktif dalam masa terdekat.[2]

Sepuluh projek Wikikamus edisi bahasa yang tertinggi dari segi jumlah rencana ruang utama adalah seperti berikut:[2]

№Bhs.WikiKdgn.Jmlh.SuntinganPenyeliaPenggunaAktifFail
1 Inggeris en 9,213,149 11,349,504 93,519,468 76 4,504,717 4,756 19
2 Perancis fr 7,024,446 7,914,067 39,896,717 32 415,631 912 6
3 Malagasy mg 6,087,057 6,214,531 37,797,271 2 17,037 27 3
4 Cina zh 2,398,522 3,254,157 9,934,317 9 134,975 109 1
5 Thai th 2,207,321 2,346,509 5,774,998 4 19,603 51 0
6 Greek el 1,702,341 1,765,596 7,646,738 11 72,787 136 23
7 Rusia ru 1,533,904 3,112,790 14,442,213 14 347,052 293 196
8 Turki tr 1,525,929 1,647,847 5,917,451 6 68,570 52 1
9 Jerman de 1,269,053 1,464,019 10,794,686 12 260,636 360 93
10 Belanda nl 1,056,710 1,344,703 5,648,553 6 68,137 101 7

Untuk senarai penuh dengan jumlah data tertentu sila lihat Statistik Wikimedia:[3]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting

    Rujukan

    sunting

    Nukilan

    sunting
    1. 1 2 Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Dicapai pada Oktober 2026 daripada Data:Wikipedia statistics/meta.tab
    2. 1 2 3 Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Dicapai pada Oktober 2026 daripada Data:Wikipedia statistics/data.tab
    3. ↑ "Wiktionary Statistics". Meta.Wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada September 2, 2020. Dicapai pada 11 September 2020.

    Sumber

    sunting

    Pautan luar

    sunting