Pergi ke kandungan

Wikikamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6710087 pada 00:25, 29 November 2025 oleh Hakimi97 (bincang | sumb.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Wikikamus
Logo Wikikamus Bahasa Melayu, menampilkan aksara berbeza
Logo Wikikamus Bahasa Melayu
Tangkapan skrin
Laman Utama Wikikamus Bahasa Inggeris pada 4 Disember 2024
Jenis tapak
Kamus dalam talian
Tersedia dalamNekabahasa (173 aktif)[1]
PemilikYayasan Wikimedia
Dicipta oleh
URLwiktionary.org
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Dilancarkan12 Disember 2002; 23 tahun yang lalu (2002-12-12)
Status semasaAktif

Wikikamus (Jawi: ‏ويکيقاموس‎‎, bahasa Inggeris: Wiktionary) ialah sebuah projek nekabahasa berasaskan web untuk mencipta sebuah perkamusan kandungan bebas (termasuk perkataan, frasa, peribahasa, rekonstruksi linguistik, dsb.) dalam sebilangan besar bahasa sejadi dan sebilangan bahasa buatan. Semua masukan tersebut boleh mengandungi definisi, imej untuk penggambaran, sebutan, etimologi, tasrif, contoh penggunaan, petikan, istilah berkaitan, dan penterjemahan istilah ke bahasa-bahasa lain, dalam tampilan lain. Ia disunting secara penyuntingan bersama oleh para sukarelawan melalui sebuah wiki. Namanya ialah lakuran perkataan wiki dan kamus. Ia tersedia dalam 198 bahasa dan dalam bahasa Inggeris Mudah. Sepertimana projek kembarnya Wikipedia, Wikikamus digerakkan oleh Yayasan Wikimedia. Perisian wikinya, MediaWiki, membenarkan hampir semua mempunyai capaian kepada laman web tersebut untuk mencipta dan menyunting masukan.

Disebabkan Wikikamus tidak terhad dengan pertimbangan ruang cetak, kebanyakan edisi bahasa Wikikamus menyediakan definisi dan penterjemahan istilah daripada banyak bahasa, dan sebahagian edisi menawarkan maklumat tambahan yang biasanya ditemui tesaurus.

Data Wikikamus kerap digunakan dalam pelbagai tugasan pemprosesan bahasa tabii.

Edisi berbilang bahasa

[sunting | sunting sumber]

Setakat Oktober 2026, tapak Wikikamus wujud dalam 198 bahasa dengan 173 daripada edisi bahasa tersebut adalah aktif dan 25 daripada edisi bahasa tersebut telahpun ditutup.[1] Tapak aktif mempunya sejumlah 50,444,079 laman rencana, dan laman yang telah ditutup pula mempunyai sebanyak 339 laman rencana.[2] Sebanyak 8,003,275 pengguna telah berdaftar dengan 9,807 dalam kalangan pengguna tersebut aktif dalam masa terdekat.[2]

Sepuluh projek Wikikamus edisi bahasa yang tertinggi dari segi jumlah rencana ruang utama adalah seperti berikut:[2]

№Bhs.WikiKdgn.Jmlh.SuntinganPenyeliaPenggunaAktifFail
1 Inggeris en 9,213,325 11,349,711 93,520,752 76 4,504,755 4,756 19
2 Perancis fr 7,024,482 7,914,181 39,897,017 32 415,641 912 6
3 Malagasy mg 6,087,124 6,214,594 37,797,674 2 17,037 27 3
4 Cina zh 2,398,523 3,254,158 9,934,320 9 134,976 107 1
5 Thai th 2,207,321 2,346,509 5,774,998 4 19,603 51 0
6 Greek el 1,702,342 1,765,597 7,646,740 11 72,790 136 23
7 Rusia ru 1,533,943 3,112,836 14,442,439 14 347,055 293 196
8 Turki tr 1,525,928 1,647,847 5,918,635 6 68,570 52 1
9 Jerman de 1,269,107 1,464,075 10,794,886 12 260,638 360 93
10 Belanda nl 1,056,710 1,344,703 5,649,041 6 68,141 101 7

Untuk senarai penuh dengan jumlah data tertentu sila lihat Statistik Wikimedia:[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
    1. 1 2 Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Dicapai pada Oktober 2026 daripada Data:Wikipedia statistics/meta.tab
    2. 1 2 3 Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Dicapai pada Oktober 2026 daripada Data:Wikipedia statistics/data.tab
    3. ↑ "Wiktionary Statistics". Meta.Wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada September 2, 2020. Dicapai pada 11 September 2020.

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]